tak ramai orang di sekolah. yeay!lokasi: tepi loch. loch mana sila imagine sendiri. ni loch (tasik dalam bahasa gaellic) yang ada pemandangan macam marina di Langkawi, ada bukit bukau macam kat... Scotlandlah... hahahaha!
cuaca: cerah, cerah matahari bersinar. sesekali angin sejuk menyapa.
aku: jom kita piknik kat sini?
lelaki: boleh. boleh. (sambil tolong bawakkan packed lunch yang aku buatkan pagi tadi)
aku: hmmm... sejuklah pulak harini. tak bawak pula sweater tebal.
lelaki: nak sweater saya?
aku: eh? takpela... sejuk ni boleh tahan lagi ni.
lelaki: takpela, skang saya tak sejuk lagi. awak pakai dulu. (sambil bukak sweater dia dan menyarungkan ke belakang bahu)
aku: terima kasih. (peratusan ego sudah sampai 20% mungkin.)
****
aku: hmmm... kalau hari-hari macam ni kan best. duduk aje tepi tasik. tengok bukit-bukau. bersama yang tersayang.
lelaki: macam sekarang ni?
aku: errr... errr... (tanpa sedar pipi sudah semakin merah)
lelaki: eh, sedap nasi lemak nih. (buat-buat tak nampak pipi aku dah merah)
aku: kalau sedap, nanti saya masak lagi.
lelaki: kalau masak sedap macam ni selalu, gemuklah saya. susahlah nanti.
aku: kalau gemuk kenapa? dah tak hensem dah ke?
lelaki: eh, saya hensem ke? (oh tak bape vain, i loikkkeee!)
aku: errr... boleh dikategorikan dalam good looking.
lelaki: eh? awak pun apa kurangnya. kategori good looking juga. pandai masak. beruntung siapa dapat awak.
aku: errr... tiada siapa pun nak kat saya nih. saya rasa saya tak lawa kot. sebab takde pun lelaki yang nak dekat dengan saya. haih.
lelaki: saya ada. (sambil tengok bungkusan nasi lemak dan mengunyah-ngunyah)
aku: (masa tu aku sedang menghirup air teh susu lalu tersembur dan terbatuk-batuk)
lelaki: awak ok tak nih? (lalu mengusap-ngusap belakang)
aku: ok. ok. (pipi dabel merah)
****
lelaki: awak, saya dah start sejuk nih.
aku: oh, maaf. saya pulangkan sweater ni.
lelaki: eh takpela, saya gi tengok kat boot keta ada lagi tak sweater lebih.
aku: eh takpe, saya dah warm dah nih. no bother.
lelaki: hmmm... kalau awak peluk saya dengan sweater tu kan best... (nada seperti bercakap dengan diri sendiri)
aku: errr.... betullah dah makin sejuk. kita balik ajelah eh?
lelaki: ok. best piknik-piknik macam ni. bolehlah buat selalu.
aku: (kalau kau ada selalu, hari-hari piknik pun takpe)
hahahahahahahaha! saya geylong - boleh tak hari jumaat ni? angan-angan tak boleh blah. cheesy habis! bak kata cik nunu. tapi being cheesy is a part from life apa?
haih, nanti angan-angan lagi.