Saturday, 18 April 2009

hallow.boleh.kita.berkenalan?


Photobucketbrunch-ner! (breakfast-lunch-dinner) bersama Cik I

aku telah buat kerja gila semalam.
ingat tak bila mana aku katakan aku desperately mahu berkenalan dgn Mr. A?
oh ye. aku regard dia sebagai Mr padahal dia adalah seorang Doktor.

ye, aku jilat ludah aku sendiri.

kenapa aku berkenan dengan Mr. A?

1) peribadinya baik. itu yang aku dengar-dengar.
2) dia lagi tua dari aku. itu yang aku mahu.
3) dia mahu duduk dan kerja di UK. itu yang aku inginkan.
4) dia macam chinese-like. tapi macam melayu. oh, itu optional.

dan kenapa aku niat mahu ke Swiss jika aku dapat berkenalan dengan dia?
sebab aku yakin aku tak akan dapat dia. not the slightest chance.

(saja nak sedapkan hati sebenarnya)

ok sambung cerita. semalam aku buat kerja gila.
apa yang aku buat?
aku baru teringat Mr. A sekolah di St. Andrews dahulu.
dan ingat bila mana aku katakan "Usaha itu tangga kejayaan?"

aku bertanyakan sesuatu pada orang lama Dundee.
aku tanyakan kenal tak Mr. A masa dulu-dulu?

beliau katakan tidak kenal, mungkin suaminya kenal.
beliau tanyakan kenapa?

aku menjawab - saja mahu berkenalan.
beliau tanya lagi. berkenalan untuk apa?

aku dah mula malu-malu.
dengan perlahan aku jawab - berkenalan untuk...
(ok, sila jangan gelak)

tapi kenapa dia?
padahal aku tak kenal pun dia macam mana lagi.

itu sebab aku bertanyakan orang-orang yang pernah kenal dia.
aku mahukan berjumpa dengan orang yang baik-baik.
macam yang semua orang doakan untuk aku.

kau orang tahu apa trend orang sekarang ni?
ramai gila yang singles sampaikan jika mahu berkahwin mesti mahu orang kenalkan.

ada yang menjadi dan ada yang tidak.
terus terang aku katakan, aku tak bangkang cara ini.
sebabnya? aku rasakan bercinta selepas kahwin lagi enak rasanya daripada bercinta bagai nak rak tapi tak kahwin-kahwin.

dan aku penat mahu care pada orang yang tak pernah nak hargai kita seadanya.
aku mahu invest rasa sayang aku pada orang yang menghargai.
itu lebih penting pada aku.

mahu jadi cerita, aku terasa menyesal pula bertanyakan yang itu tadi.
sebab aku tahu, Mr A akan dengar-dengar juga perkara ini.
UK ini tidaklah besar mana bukan?
aku takut kalau dia tahu, mesti aku jadi sangat malu.
aku takut kalau dia mahu, aku pula yang tidak mahu.

semuanya pun aku takut.

haihhh... mahukan nasihat sikit boleh?