penat mak penat! (nota: entri kali ni macam agak-agak panjang)alhamdulillah,
escapade saya minggu lepas berjalan dengan lancar.
plan saya sebenarnya mahu berpiknik,
lying in the sun.nak hitamkan lagi muka.
saya dah jadi macam
zebra sekarang.
berbelang sini sana.
anyway, saya ke
Aberdeen hari jumaat malam lepas.
Cik Hudie_Hud berbesar hati nak buatkan saya mi sup.
dia kata mi sup orang bujang. har har har.
siap ajak
Cik Wanis lagi meriahkan rumahnya itu.
sambil makan-makan sambil gosip.
lepas gosip aje tengok cerita hantu.
tak cukup lagi cerita hantu sambung tonton cerita jepun.
borak-borak sampai pagi.
sian
Cik Hudie_Hud.dahlah kena layan tamu, pukul 4 pagi kena pergi sekolah.
buat kerja.
dia bekerja sampai pukul 10 pagi.
pastu kena seret gi piknik.
cakap dengan dia, takpela - tidur. saya
drive.cadang mahu ke
River Dee.rupa-rupanya
River Dee panjang yang amat.
aku pilih satu pekan, namanya
Ballater.Pekan ni memang betul-betul tepi sungai.
budak-budak nilah yang nak rasa sangat berendam kat sungai.
sampai sana dah tengah hari.
jenguk
site yang cantik nak piknik.
haih. sungainya berbatu bata.
tak sedap buat piknik.
aku cadang nak naik atas terus ke
Braemar.tak jauh sangat pun lebih kurang 8-10 batu aje.
kemudian ternampak papan tanda ke
Glen Muick.aku pun terus melencong ke situ.
jalan lagi masuk ke dalam gunung-ganang.
memang cantik pemandangannya.
ada sungai tepi jalan. lembu-lembu.
tenang aje jiwa.
agak-agaknya kalau ada salju mesti lagi cantik.
dah sampai
Glen Muick.ramai benar orang ke situ.
tapi kami tak pasti apa yang ada di situ sebenarnya.
rupa-rupanya orang sibuk bersedia sedia nak pergi hiking.
kami?
jalan tak sampai seratus ela, cari tempat redup.
piknik.
yang penting mesti di tepi sungai.
hidupkan api.
bakar ayam. sosej.
makan-makan.
rendam-rendam dalam air sejuk.
ah! sedapnya!
ramai jugak orang yang jeles kami BBQ kat situ.
macam semua orang pun nak berendam di situ.
cuaca sangat panas dan air sangat sejuk. kombinasi yang sesuai untuk kena panau. hahahaha!





lepas aje penat beronggeng di sana, kami terus balik ke rumah
Cik Wanis untuk berstimbot pula.
ajak adik
Nunu dan kakaknya
Nini.kali ni ramai lagi tamu yang datang.
makanan pun sedap-sedap.
sungguh nyaman!
kemudian pekena pulak kopi ais. perghhhhh! mantap gila!


malam tu, lepak rumah
Cik Wanis pula.
sebab tanak kacau
Cik Hudie_Hud yang kena pergi sekolah pukul 4 pagi lagi.
haih.
borak-borak pasal hidup.
tonton cerita hantu lawak.
borak-borak lagi sampai masing-masing dah tertidur.

sudah hari Ahad.
cadang mahu ke
Carboot sale di
Aberdeenshire.tanak buat apapun, cuma nak cari donut sedap aje.
tapi bila dah dua malam tak cukup tidur dan hari yang sangat penat, tak jadi nak pergi.
masak sarapan kuey teow dan
lunch pula nasi lemak di rumah
Cik Nunu.sebelum tu, kereta
Cik Hudie_Hud tak boleh hidup.
maka, kena guna
'jumper' dari bateri kereta aku ke kereta beliau.
sebelum tu, kena tepon Abah
confirm apa-apa yang patut.
Cik Hudie_Hud kata
'cayalah, mesti laki ko rasa inferior dengan ko.'heh. aku ni
mighty woman ke?;))
bila kereta
Cik Hudie_Hud dah boleh hidup, kami gerak ke bandar.
ada
international market.ceh, ingatkan macam besarla pasar tersebut.
rasanya pasar malam depan rumah aku berganda lagi panjang kot.

jumpalah ramai
Malaysians.termasuk adik
Burhan.dia ajak pula lepak-lepak di kedai kopi.
ironi - lepak kedai kopi tapi minum
smoothie.
pe cer?lepas dah borak-borak, terasa macam mahu tonton wayang pula.
waktu tu dah pukul 7 malam.
aku buat ayat saiko kat
Cik Wanis dengan
Cik Hudie_Hud:'kalau aku balik Dundee sekarang, malam ni mesti aku nanges. Kalau tak pun, mesti tak balik rumah terus. Mesti gi tengok wayang sorang-sorang'
maka, diorang pun tertipu dengan lakonan sedih aku dan meneman aku nonton wayang - cerita
the ICE AGE 3.heh. lawak betul. aku yang mengajak tapi aku yang tertidur tengah jalan. penat!
kemudian, dah hampir malam, diorang ajak tidur di
Aberdeen satu malam lagi. Gila kamu, esok ada
meetinglah!
lepas
supper the
best chicken kebab in Aberdeen, saya pun balik.
tengah-tengah malam.
jalan raya kosong. gelap gulita aje.
terpaksa gagahkan jugalah.
nak balik nak balik.
sampai aje rumah, baru ternampak
PIC tepon nombor
handphone sana-sini.
mungkin mahu teman berborak untuk mengadu rasa takut nak exam esoknya (hari ini).
tepon dia balik, dia tak angkat. tidur mungkin.
aku pun sampai aje rumah memang tak larat.
rasanya baring aje katil, terus tertidur kot.
sampai bangun pagi tadi rasa badan semua sakit-sakit.
tepon
PIC, nak ucap dia
GOOD LUCK.memang betul jangkaan aku, dia dah cuak seluruh alam dah.
comel aje melayan bebel-bebel dia ni sepuluh minit sebelum periksa ;))
sampai sekolah agak lewat juga.
sebelum pukul 9 jugalah.
bila sampai aje ofis, senior cakap 'owh, harini tiada meeting. Mr Godzilla tiada. dia masuk lambat'
weyhoooooo!
penat aje aku rasa fobia semalam.
aku pun terus buat kerja.
buat kerja dan buat kerja (walaupun hatiku di
Caribbean) sampai sekarang.
haih. itu pun aku sempat ke bandar beli barang dapur segala.
esok
Cik Hudie_Hud nak singgah
Dundee on her way to Edinburgh.ada seminar.
dia ajak aku sekali.
kalau
Mr. Godzilla takde takpela.
saya nak jalan-jalan lagi. ;(
oh ye. saya rasa dah plan untuk bulan Julai ni.
macam-macam plan.
kalendar peribadi saya padat gila.
walaupun
PIC dah takde di
Dundee hujung minggu ni, saya tetap boleh berseronok-seronok!
yihaaa!!!
doakan saya.
terima kasih :)
*oh ye, malam semalam bulan cantik :)

nota kaki: jauhnya
Aberdeen dengan
Dundee adalah 1 jam 10 minit perjalanan. tapi kalau
MissCC, 50 minit pandu. dia bawak kereta macam pelesit! Jauhnya
Ballater dari
Aberdeen adalah satu jam 45 minit. Yang ni
MissCC tak bawak laju sebab ikut jalan kampung :P