mari berhujan panas!AKU rasa aku kena beli sebuah buku yang senang di bawa ke mana-mana.
macam saiz buku lima.lima.lima.
senang kalau nak catit apa-apa yang patut.
macam tok det selalu buat.
UNTUK hari ini aje aku catitkan apa yang berlegar-legar dalam minda aku.
kadang-kadang ianya berkaitan dengan research aku.
nak buat research apa balik nanti.
tengok-tengok research yang best-boombastik-kau-memang-the-bomb.
banyak gila idea.
aku sekarang buat sikit aje berkaitan dengan pre-mature infants.
kalau kamu mahu tahulah, saya mahu menyelamatkan bayi-bayi di seluruh dunia dengan penyelidikan peparu saya ni.
ada orang panggil saya Dr. Peparu.
pertamanya sebab saya suka makan lauk paru dan saya memang bekerja dengan sel peparu manusia.
ok cukup pasal itu.
HARINI tangan saya 'bebel' cukup kuat.
habis penuh kertas A4 dicontengnya.
tiap kali terfikir sesuatu, cepat-cepat ambil pen dan tulis.
bukan tak mahu taip sahaja di blog, tapi seganlah kawan seofis rajin buat kerja, kita tengah duk blogging.
ntah hape-hape aje.
SOKLAN hidup yang pertama yang aku sedang tertanya-tanya pada diri sendiri dan kamu semua:
*pernah terfikir tak nanti suatu masa semua orang masuk peluk Islam? salah satu cara nak sebarkan Islam adalah melalui perkahwinan (kalau tak berdagang, perang tu yang terakhir sekalilah). yang aku duk sibukkan ni bila orang bukan Islam datang pada kau dengan niat mengahwini kau bukan sebab kau sebenarnya, sebab indahnya Islam yang kau bawa. pernah terfikir tak?
MAKA soklannya: apa perasaan kau terhadap orang itu? sbb kau tak cinta dia. tapi sekaligus dengan berkahwin dengan orang itu, kau dapat berpahala berkoyan-koyan? kau mahu utamakan hati dan perasaan kau ke ataupun kau nak tegakkan syiar Islam (kononlah nih)
SILA jangan tanya aku apa jawapan aku. ni lebih kurang macam soklan retorik jugalah.
SOKLAN kedua: kisah kawen muda.
of cos kaulah yang lebih tua. yang lebih stabil. yang banyak pengalaman. cuma satu aje kurang - kasih sayang. kau cuba kawan-kawan dengan yang sebaya dan lebih tua tapi kebanyakannya dah berpunya atau sukakan orang yang cun dan bergetah dari kau. kau tahu kau baik, punya segalanya dan mampu menjadi seorang ibu dan isteri yang baik. tapi satu aje kau tiada. Lelaki untuk dibuat suami.
melainkan yang muda-muda belaka. dan tidak matang dan tidak punya apa-apa. mereka mungkin punya semangat dan jiwa panas tapi itu tidak cukup untuk dibawa ke hidup.
*peringatan: ini soalan aje tau. apa yang aku fikir-fikir.
SOKLANNYA adalah berbunyi begini: apakah reaksi yang perlu kau buat jika sang suami yang lagi muda ni tatau apa-apa pun (tipula tatau APA-APA) pasal hidup. contohnya macam nak uruskan rumah, kereta pun tak reti. tengok-tengok duit makan kat luar pun nak mintak kau bayarkan. so apa yang kau perlu respons? mula-mula tu kalau nak hulur-hulur duit oklah. pastu? mesti jadi fed-up kan?
haih. takkan nak buat tatau aje memanjang. kang nak tegur, kata kita ni queen control segala. so macam mana? baikkah jadi andartu aje tanggung diri sendiri dari berkahwin dengan lelaki-lelaki mcm ni? (yang aku tatau kat Malaysia berlambak ke idak)
aku ada lagi soklan ketiga tapi aku nak simpan dulu dalam poket. perlu ulas panjang-panjang lagi atas kertas.
ANYWAY.
PAGI tadi berusaha juga tidur selepas mandi, minum susu dan makan cokelat segala. dan usaha itu berjaya tanpa sebarang konsumsi dadah tidak berbahaya.
heh.
pastu tiba-tiba tengah lena tidur. alarm berbunyi. suruh bangun, pergi sekolah. pukul 7 pula tu. tutup alarm. tidur balik.
tiba-tiba telefon berbunyi lagi. kali ni bunyinya lain. oh! ada orang call saya pagi-pagi ye?
PIC call lebih kurang setengah jam sebelum peperiksaan beliau. hmmmm... dari mengantuk badan penat terus bangun sebab DIA marah saya supaya jangan jadi malas. tapi saya penat, macam mana?
maka, saya ke sekolah. sampailah waktu lunch. Cik Hudie_Hud singgah rumah saya otw ke Edinburgh. Maka saya masakkan beliau Nasi Hujan Panas, ayam masak madu dengan acar. Saya ajak PIC dengan Cik Liyana datang sekali, meriahkan rumah saya yang kecil nih.
Lepas semua orang beredar selepas makan-makan dan borak-borak sambil nonton Gilmore Girls, saya pun ke sekolah balik. dahlah keputusan saya ntah hape-hape, saya pun tatau nak mengadap Mr. Godzilla macam mana. mesti dia kata saya pemalas. ;(
ANYWAY, tadi masa tonton cerita Girlmore Girls saya cakap dengan mereka, Si Lorelai ni chatty gila. Saya tak tahan kalau ada orang dalam real life ni chatty macam dia. pok pek pok pek aje cakap.
KEMUDIAN, Cik Hudie_Hud selamba aje respons:
'Dia tu sebijik macam kau'
errrr... aku terdiam. aku chatty eyh? annoyingly chatty ke?
pastu, si PIC pun angguk dan cakap benda yang sama.
aku pun dah macam errrr... aku? hyper, chatty macam si Lorelai ke? Asal dia ramai aje laki nak kat dia tapi takde sapa-sapa pun nak kat aku? ;(
owh, mungkin aku tak cukup hawt macam Si Megan Fox kot :))