saya tidak boleh tidur.
tak tahu kenapa hari-hari saya sangat padat dan penat - tapi saya masih tidak boleh tidur.
adakah kerana anxiety?
depression?
ataupun penangan 4 shots kopi dan redbulls hujung minggu lepas?
oh, jantung saya berdegup kencang.
palpitation, saya tahu.
tapi saya masih tak boleh lelapkan mata.
saya kemas-kemas rumah.
pukul 2 pagi, saya masak nasi hujan panas.
ayam masak merah.
potong-potong sayur berbuat acar.
badan saya penat sangat dah ni.
cuaca pun agak-agak panas.
baju nipis pun tak membantu.
kena mandi lagilah ni.
secawan susu sudah diteguk.
makan cokelat juga.
mata pejamlah. pejamlah.
saya asyik fikirkan tentang apa ye?
kepala otak saya asyik ligat berpusing sejak dua menjak nih.
bila saya memandu.
bila saya berjalan seorang-seorang.
kadang-kadang bercakap dengan diri sendiri pun ada.
saya dah pening-pening ni.
mata dah berpinar-pinar.
saya kena tidur.
esok hari yang panjang menanti.
haih.
jumpa dalam mimpi nanti.