bulan madu di awan biru...I
dalam perjalanan pulang ke rumah, dia angankan situasi di rumah, di Malaysia. membuka beg besar lagak Santa Claus mahu agih-agihkan hadiah semua orang yang dia sayang. dia nampak bahagia ketika itu. dikerumuni oleh adik beradik dan keluarga. semua orang gembira. ah makan luar lagi malam ni. suka.
II
sudah pulang ke rumah. rumahnya sejuk dan malap. dia rindukan rumah di Malaysia. buka pintu, beri salam. kelihatan si adik bermain komputer. bunyian TV bersalurkan Astro menusuk ke telinga. si adik mahukan nasi kerabu ataupun nasi lemak ayam sambal lebih untuk makan malam. nanti lepas maghrib keluarlah ye? atau suruh mak belikan sahaja?
III
tekan punat di TV. cerita iRobot berkumandang. ah! sudah tonton 3 kali. takpelah, tontonkan lagi sekali.
"you're the dumbest of smarterst person i have known" marah si hero.
"you're the dumbest of dumbest person i have known" balas si heroin.
ah! sebab ini rupanya dia tontonkan cerita sampai tiga kali.
IV
sambil mendengar lagu Search "Fantasi Bulan Madu", dia mengemas dapur yang ditinggalkan berabad lamanya. dia teringat zaman remajanya. tidaklah seronok tapi tidaklah juga mendukacitakan. sedang-sedang sahaja.dia mahu pulang.
V
buatkan air milo panas 3 in 1. sebelum itu minumkan air manis cap mirinda. dia buang tebiat. Cik hudie_hud pun kata dia buang tebiat. dia fikir-fikir, mahu matikah dia? untuk saat itu dia tanyakan si roh "takut matikah?" - dengan tenang si roh menjawab "TIDAK walaupun kau punya dosa yang banyak."sebabnya satu - dia dah bosan dengan hidup ini. penuh masalah. padanlah orang mati selalunya senyum indah.
VI
dia menyenduk beras ke dalam bekas comel berwarna-warni. teringat orang-orang tua berkata dalam rumah tidak boleh putus 3 perkara "beras.gula.garam" betul ye?tepung? ayam? telur?
oh, padanlah badannya tidak surut-surut.
VII
lagu Fantasi Bulan Madu diulang-ulang. bila mahu jemu? mungkin lima minit lagi.dia mahu pulang.
dia mahu pulang.
"andai dipisah, laut dan pantai, musnahlah ilham, hilang pedoman"
mana nak cari lagu melayu yang bagus sebegini?
ah! rindu Juara Lagu awal 90-an.