Wednesday, 6 January 2010

gossip.girl.

Photobucket is currently in shock.

missCC buang tebiat harini.
dia amik novel dari para atas built in heater dan membaca.
dia membaca sedari pagi bila-bila dia rasa kosong.

apalah sangat rasa kosong pada beliau.
dia rasa dia perlukan escapism, dengan kadar yang cepat.
ubat yang lagi ampuh dari morphine dan racun yang lagi menyengat dari barbiturate.

membaca.

dia sudah tinggalkan hidup membacanya sudah lama.
profesion awal yang mulanya sedari kecil mahu mengkagumkan ibu ayah dan sanak saudara.
hinggakan tak mahu jadi pengawas kerana merasakan buku lagi senang dijaga berbanding pelajar.
lagipun budak-budak tak suka pengawas.
lagipun pengawas perpustakaan lagi cool dengan berbaju hijau dan hanya bekerja selepas waktu persekolahan.
oh mungkin juga sebab abang hensem slash macho suka bawak roller blade pergi sekolah pun memakai baju hijau juga.

sampai ke tahap itu saya sukakan buku.

tapi bila sudah semakin membesar (dan melebar) saya sudah kurang membaca.
saya lebih suka pada pictural reading.
saya lebih suka mendengar dari membaca.
saya sudah tinggalkan zaman novel saya.
bila-bila saya membaca satu muka surat, saya pasti tertidur.
ah! lagak orang tua aje kejenya.

hari ini bila saya kutip sebuah buku yang semua budak melayu suka baca (yang sampai hari ini baru saya faham kenapa orang perempuan melayu sukakan novelis ni), saya rasa saya mampu mengimbas kembali memori semasa saya kecil dahulu.

oh, si Cecilia Ahern, siapa tidak kenal?

hari ini saya membaca ketika menunggu Abah saya diperiksa oleh nurse dan doktor.
saya teruskan membaca bila menunggu Abah membuat kunci.
saya membaca bila saya rasa saya tak mahu fikir tentang kerja sekolah saya.

tapi saya tertidur juga.

tiba-tiba saya terjaga.

sebab bunyi-bunyian dari sebelah rumah.
bukan bunyi yang selalu sangat saya dengar tu.
tapi kali ni bunyi hentakan dan jeritan.

mula-mula saya tak mahu ambil tahu (eavesdropping pada saya sangat rude)
tapi oleh kerana saya dapat sense nada perbualan seperti berada di dalam konfrotasi, saya jadinya tidak boleh menumpukan perhatian pada pembacaan saya.
saya tak boleh ketuk dinding sebab saya tak mahu dia robohkan dinding pula.

jadi apa saya buat?
saya kuatkan suara TV dan mula menaip di blog.

setelah lima minit begitu, keadaan sebelah menjadi reda.

eyh, senyap aje orang sebelah?

saya kira-kira bape bulan mereka berkahwin.
orang kata tempoh honeymoon-segalanya-indah-bagai-di-sorga mungkin dalam masa 6 bulan paling lama.
saya kira-kira mereka berkahwin pada 090909.
maka, ini sudah mahu masuk 4 bulan mereka berkahwin.

sudah gaduh? mcm mana?

benda mcm ni buat kemahuan saya untuk berkahwin mula reda.
bak kata Abah saya, benda best ni kejap aje.
banyak aje mende tak best menyusul lepas-lepas tu.

oh, mereka kembali berkonfrontasi. perlukah saya pasang telinga?

'If You Could See Me Now' sila tolong saya!