tak boleh lelap mata.dia golek kiri dia golek kanan.
tak boleh lelap.
salahkan masa tidurnya yang awal 5 jam.
minggu ini dia berasa sungguh penat.
penat emosi agaknya.
atau penat melayan hiro-kun beliau.
mata beliau asyik bergerak2 aje.
twitching omputih kata.
dia godek2 internet ini mungkin terjadi kerana stress.
mungkin juga, sbb dia makan apa pun dah tak sesedap dulu.
bila fikir2 balik, beliau mempunyai kompleks punyakan teman.
beliau tinggal seorang diri tapi bantal di katil ada 6 biji, shower foam ada 6-8 botol, shampoo 3 botol, pinggan cawan gelas mangkuk tak terkira banyaknya.
tapi bila tanya diri sendiri, dia selesa tinggal seorang-seorang.
belum rasa mahu hidup dengan orang lain.
tapi siapa mahu bebel bangun pagi dan pergi sekolah?
siapa mahu tolong masak makan malam dan gelak sama-sama sambil tonton tv?
siapa yang mahu text kata "i'm on my way home, what's for dinner?"
siapa yang nak saya katakan tadaimaaaa! bila saya pulang ke rumah?
ah! nak perm lagi rambut biar jadi lagi kusut.