Thursday, 7 January 2010

yang.manis.manis.sahaja.

Photobucket sudah berjaya menghabiskan novel si Cecelia Ahern.

missCC sedang berfikir-fikir sejak dua menjak ni.
pertamanya. betulkah hidup sebagai missCC ni seronok?
semalam dia lihat pakcik cuci kereta dalam sejuk-sejuk membasuh kereta orang.

gembirakah dia? dia senyum bila tanyakan saya mahu pakej ape, tapi dalam hati? gembirakah dia?

pagi tadi saya terdengar makcik cleaner humming lalu menyapu lantai.
setiap kali student lalu depan dia, dia mesti cakap 'hi pal, how are you?' dan masih humming.

gembirakah dia? saya tak pernah nampak dia merungut pun. ke saya yang tak mahu nampak?

oh ye. hari ini saya pergi sekolah.
jumpa kejap dgn Godzilla borak-borak.
dia busy agaknya sampai tanak discuss pasal kerja saya.
tapi saya tunjukkan jugakla apa yg saya buat minggu lepas bila semua orang takde.
dia suruh tunggu minggu depan bila meeting nanti.

senior saya takde, write up kat umah.
baguslah, sekurang-kurangnya saya boleh taip blog di ofis bila dia tiada.

sekarang ni saya masih tiada mood untuk buat kerja.
ada meeting dengan Committee Thesis hujung bulan, maka kena buat report.
jujurnya, saya takde mende pun nak ditunjukkan.
saya rasa nak cakap aje dengan diorang - 6 bulan ni saya pemalas gila. kalau tak malas, saya tak dapat results yang saya nak.

adakah saya sedang menggali kubur sendiri?

cuaca di Dundee bersinar-sinar.
salju pun makin cair di sesetengah tempat.
harap-harap untuk hari yang mendatang takdelah teruk macam ni.
saya dah serik dengan angin-ribut-taufan dari Siberia ni.

bak kata Abah saya.
'Aritu sibuk-sibuk pasal Global Warming kat Copenhagen. Sekarang amik kau, Global Cooling'

ok, tidak lawak di situ ya?

i'm off. nak pi makan aiskrim sejuk-sejuk ni.