hari ni berasa sungguh... errr.. gembira?saya bangun awal hari ni.
mungkin sebab terdengar azan di laptop (kenapa tima subuh aje dia berbunyi?)
kemudian tengok jam.
oh pukul 6.30 pagi.
kalau kat Malaysia sure dah lambat sebab nak gi tempat keje bukannya dekat.
saya mandi.
saya keringkan rambut.
saya jemur baju.
saya lipat baju.
seusai sahaja perkara-perkara ritual, saya tonton how i met you mother.
oleh kerana tersalah download dan tiba-tiba aje drama tu takde suara, saya pun tertidur.
saya mimpi saya gi pulau.
byk pulau.
airnya biru kehijauan.
pulau yang akhir sekali saya nampak banyak sangat lumpur.
saya mandi dengan lumpur tersebut.
orang kata banyak khasiat sbb tu lumpur dari gunung berapi.
di depan saya ada org-org yg penuh berlumuran lumpur melihat org-org di belakang saya.
satu kumpulan di belakang saya sedang solat dengan lumpur-lumpur itu.
saya pun macam "errr, kenapa dengan diorang ni?"
yang saya peliknya saya disuruh membayar tiket untuk buat treatment kecantikan dengan lumpur tersebut.
borak-borak dengan 2 orang akak yang saya kenal semasa saya hidup di alam realiti.
borak punya borak saya tak dapat-dapat pun pakej kecantikan tu.
****
lompat mimpi lain.
saya mimpi suami saya.
siyes.
saya tak main-main.
dia sedang memandu di satu pulau yang jalannya bengkang-bengkok.
seorang anak sedang tidur di dada beliau.
tangan kanan memegang stereng.
tangan kiri sibuk menukar gear manual.
saya di kiri sedang menjawab panggilan abah.
abah suruh saya singgah di suatu tempat untuk sedekah pisang (kenapa pisang?)
saya kata saya tak lalu tempat tu dan kami sedang menuju ke tempat lain.
kemudian oleh kerana jalan bengkang-bengkok dan si suami membawa laju lagak mcm game bawak kereta, kami hampir-hampir masuk dalam gaung.
nasib baik si suami ni cool, dia berjaya mengelak kemalangan tersebut.
saya terdiam.
dia lagilah diam.
nasib baik si anak tak terjaga.
kemudian seminit selepas itu, saya berkata dengan nada perlahan "janganlah bawak laju-laju"
saya pegang tangan kiri beliau.
dia hanya menjawab "hmmmm..."
siyes, saya tak nampak muka beliau.
nampak tangan kiri dan badan beliau.
****
tok tok tok!
tok tok tok!
tok tok tok!
TING TONGGGGGG!
saya terjaga, saya buka pintu.
"can you sign here please?"
masuk balik duvet dalam keadaan mamai dan gelap.
OH! barang kesayangan saya dah sampai!!!!!!!!!! :D
hiro-kun?
ryu-chan?
ryu-chan?
ish, indesicive. tatau nak letak nama baru dia apa.