terasa sipi-sipi nak jadi gila.saya percaya qada' dan qadar.
saya percaya kalau kita buat baik, mesti ada orang buat baik pada kita.
saya percaya dunia ini kejam, walaupun dalam masa yang sama saya juga percaya yang dunia ini indah.
saya percaya kepada tulah diraja.
dulu masa kecik-kecik abah saya kata saya ni keturunan raja di kepulauan sumatera.
yang itu saya tak percaya.
saya percaya kita kena buat baik dengan mak ayah kita.
saya percaya kita kena sentiasa berhati baik.
saya percaya untuk menyayangi seseorang itu, haruslah melalui proses perkongsian dan pengalaman, sama ada yang baik atau buruk.
saya tak welcome 2010.
sebab?
saya dah kena berusaha lebih keras untuk tamatkan PhD saya.
saya kena kukuhkan hubungan baik saya dengan Godzilla.
saya dah makin tua, makin rasa nak kawen tu menambah berdikit-dikit.
saya rasa permulaan tahun 2010 tidak menyeronokkan langsung.
di seluruh UK sudahpun bersalju tebal semenjak tiga minggu lepas.
saya tahu saya pernah kata saya sukakan salju, tapi cukup2lah tu.
sejuknya tak tertahan.
kini saya dah mula rindukan musim panas.
saya rindukan lepak-lepak under the sun.
pengakhiran 2009 juga sangat tidak bagus.
siri hidup saya bertimpa-timpa datang.
sudahlah duit saya dicuri semasa berjalan-jalan di ROMA.
sudahlah beg saya kena kebas dalam perjalanan ke VIENNA.
habis semua DLSR, laptop, segala kunci kereta dan rumah kena kebas.
oh tidak lupa. passport, ID card, lesen memandu.
semua habis licin.
saya ingat itu saja takdir buruk hidup saya.
saya mengalami sesi hidup yang stress.
saya percaya juga, Allah berikan semua ni pada saya dengan sedikit ruang untuk saya bernafas.
bila Abah tahu tentang ini, beliau gantikan semuanya dan personally bawa semuanya ke rumah saya.
saya juga punya kawan-kawan yang sangat baik dan memahami untuk membantu meringankan beban saya.
sekurang-kurangnya walaupun saya tak mampu tersenyum, saya masih mampu menghela nafas lega.
saya ingat kes barang hilang tamat di situ.
walaupun Allah berikan peluang untuk saya dapatkan kembali passport yang orang buang di tong sampah kat kampung ceruk di Austria, saya masih rasa dunia ini seperti tidak adil.
walaupun saya dapat mengenali pihak kedutaan Malaysia di Austria, tapi saya masih rasa dunia ini tidak adil.
maka, saya terpaksa muhasabah diri untuk kejadian ini.
- Abah personally katakan yang dia berkecil hati dengan saya kerana tidak membenarkan beliau ke UK. (nota: dia ke sini hampir setiap 2 bulan sekali)
- saya tidak memberitahu keluarga pun saya mahu ke Europe Trip.
- saya tidak memberitahu Godzilla pun saya mahu ke Europe Trip.
- saya rasa, bila benda mahu jadi - ianya akan jadi juga; tak kiralah saya ke Europe ataupun tidak.
saya terpaksa ke sana ke sini uruskan kad kecemasan saya. kereta saya yang kehilangan kunci. laptop baru perlukan talian internet. kad bank saya dsb.
saya bukan seorang yang multitask, oleh itu saya merasakan hidup begini adalah sukar.
bila sudah jadi perkara begini, idea untuk mencari seseorang yang signifikan itu datang kembali.
alangkah baiknya jika ada seseorang yang berlainan cas berada di sisi. walaupun saya tak suka bercerita tentang maslaha hidup saya, cukuplah kalau sebuah senyuman ataupun sebuah pelukan singgah di hati saya.
nak sentuh hati manusia ni mudah, cuma ramai manusia terlalu ignorant/selfish untuk kesahkan tentang manusia lain.
selain dari itu, sepanjang sesi saya tiada kereta-laptop-handphone-dsb, saya rasa hidup saya sangat ringkas. saya juga rasa saya sudah berubah sedikit. kurang sedikit rasa ego dan sombong.
tapi saya masih sedih manusia-manusia di sekeliling saya masih selfish dan ignorant.
kini, saya tak boleh nak tumpukan perhatian saya pada pelajaran. kepala saya pusing-pusing macam baru habis main merry-go-round. indah dilihat dari luar, tapi hakikatnya? ianya hanya indah khabar dari rupa.
saya harap malang ini berhenti mengejar saya. saya dah tak larat nak berlari. saya tak larat nak buat semua benda sendiri.
betullah kata orang "if it aint hell, they aint happy"
oh! cepatlah 2010 ini habis! saya dah tak sabar nak balik Malaysia - dan mulakan hidup baru!