Thursday, 7 January 2010

petanda.

Photobucket macam kurang sedar.

mata terpaku pada meja di depan.
seorang ibu dan dua orang anak yang baru pulang dari sekolah.
kelihatan (bukan kedengaran) abang yang sulung mengadu-ngadu pada si ibu.
ibu tekun mendengar.
adik perempuan tenung juga, tapi renungan kosong.
si abang bercerita seperti mahu menangis.
tapi dia dah besar, mana boleh menangis depan orang ramai.
ibu mengusap-usap belakang si abang.
saya agak mesti si ibu ajak kuar for lunch (maksud lunch di sini adalah makan malam) untuk redakan perasaan gusar si abang.

(saya nak jadi ibu yang sebegitu)


****

satu novel sudah habis.
rasa ketagih pula.
pergi ke WHS.
mahu cari novel murah dan menarik.

ok, buy 1, get 1 half price.
saya amik 1 buku.
WEDLOCK - tajuknya.

saya jalan-jalan lagi.
saya amik lagi satu buku.
WIVES' RINGS - macam menarik.

sekali, Cik I menegur.
"sedar tak tajuk buku-buku yang Amal pegang tu?"

oh! sorry. dua dua buku itu saya letak balik.

alih-alih, saya ambil buku yang berharga 2 pound.

jom balik!


****

dah balik! (tadaima!)

chat dgn Cik Hudie_Hud.
"Hud, nanti kita kat Malaysia kita duk berjiran eh? Bangunan UKM dah nak bina, siap 2 tahun, kita akan kerja satu bangunan!"

Cik Hudie_Hud bagi satu link rumah condo di Cheras.
Saya klik. Saya teruja.
Saya tunjuk kat abah. dia kata cantik.

Saya nak pindah masuk.

sekarang juga.

****

ok, saya tak sabar nak balik, nak kawen nak ade anak!
(ah! perasaan bodoh aje ni)