Friday, 21 November 2008

remind.me.

Photobucket kini sedang kepenatan, tetapi tidak boleh ketiduran

ingatkan aku ya sahabat-sahabat.

ingatkan aku susahnya nak belajar tinggi-tinggi.
bila aku sudah jadi kaya, tak mahu pandang rendah sama orang lain.

ingatkan aku sayangnya kamu semua pada aku.
bila aku jatuh, kamu bangunkan kembali.

ingatkan aku kuatnya aku menempuhi segala cabaran.
bila aku senang hati, tidak kulupakan yang itu semua.

ingatkan aku terpaksa bersengkang mata membuat kerja.
bila aku duduk berehat nanti, tidak perlu bersusah lagi.

ingatkan aku tangisan tika aku susah.
bila aku senang, tidak aku mendabik dada.

ingatkan aku bila aku meroyan tak sudah.
bila aku gelak, tak perlu ingatkan peristiwa yang parah.

ingatkan aku pada gaya orang yang busuk hati.
bila aku ketemu dengan orang lain, boleh aku berhati-hati.

ingatkan aku pada fitnah-fitnah durjana.
bila aku berkata-kata, semuanya perlu berlapik.

ingatkan aku akan sikap sarkastikku.
bila aku berbicara, itu adalah hanya kerana rasa hormat sesama manusia.

ingatkan aku yang aku sayang kamu.
bila aku di atas sana, aku takkan lupakan kamu.kamu.kamu.dan.kamu.kamu.kamu.

:)

----

SELAMAT HARI LAHIR KE-25 BUAT TEMAN HIDUP SAMPAI mati TUA, FARAH.
Tanpa senyum kamu, saya tidak akan tersenyum.
Tanpa tawa kamu, siapalah mahu bergelak denganku.
Tanpa tangis kamu, aku sepi duduk di situ.
Tanpa bahu kamu, aku takkan cukup tinggi mahu berdiri sebelah kamu!

Terima kasih di atas segala-galanya.
Sayang kamu.
Rindulah.
Mari datang sini teman aku?
Saya mahu nangislah rindu kamu T_T

----

Farah, ingat lagi dedikasi aku tahun lepas?

MEH kita recap! [Sayang kamu!]

Happy Birthday FARAH!

SP_A0037

SP_A0035

SP_A0036

walaupun aku tahu ko tak selalu masuk page ni (atau tak pernah masuk pun), tapi aku nak kau tahu yang aku sayang kau sesgt!
aku hampir menangis pagi ni bila mengenangkan berapa jauh kita dah pergi. banyak betul kenangan dengan kau.
tgkla! bila kau hampir nak menjadi isteri orang, pasti air mata ini akan jatuh lagi.
aku tadi berangan dapat berlakon iklan dengan kau "Kisah Dua Sahabat Baik (Berani Mati!)"
macam iklan dove ke kotex ke...
berangan betul!
Papepun, aku harap ko berbahagia selalu - dan jangan berubah (aku tahu ko tak akan!)
SELAMAT HARI LAHIR ke 24!
SAYANG KO SELALU...
*walaupun kita selalu tak sependapat dalam banyak hal (muzik, lelaki, pendapat tentang hidup - tapi kita bahagia juga...) kerana kita berkongsi suatu benda berharga dalam hidup... iaitu kasih sayang...*

----

Wahhhhh... Masa tu kamu masih anak dara, sekarang sudah mahu jadi mak dara... wuwuwuwuwuwuwuwu!

Alahai, rindulah kenangan kita bersama-sama dulu.
Zaman bila aku carry ko naik basikal kemudian kau terjatuh di tengah jalan.
Zaman bila kita pergi makan mihun soto kat gerai makcik india selepas waktu sekolah.
Zaman kau tolong usharkan abg Wee Wen Wen utk aku.
Zaman kau teman aku pergi main bola jaring sambil pakai payung sebab kau puteri lilin.
Zaman kita buat kerja sekolah sama-sama.
Zaman aku teman kau berjalan kaki sambil aku naik basikal.
Zaman aku bawak adik comel aku ke sekolah tadika tidak rasmi di rumah kau.
Zaman kau tolong aku fly masa aku kat sekolah berasrama.
Zaman kau belanja aku makan mi calong [eh bapak ko blanja :))].
Zaman kau ambik cuti kerja semata-mata nak raikan b'day aku.
Zaman kau belanja aku makan walaupun kau pun kopak.
Zaman...

Waaaaaa... sangat rindukan kau!

Datanglah sini! :((

Apa-apapun, terima kasih kerana sentiasa berada di situ. Aku masih ingat lagi kata-kata kau sebelum kau dikebas oleh suami kau:-

"Aku tidak akan pernah berubah"

*Now I'm crying like a river... ='(


**akan aku ingat saat kau menangis kerana aku hampir-hampir tidak dapat hadir ke majlis pernikahan dan persandingan kau [sebab aku kena paksa jadi pengapit!] dan akan aku ingat juga bila kau mahu kenal-kenalkan aku kepada seseorang! :))