kini sedang kekenyangan, (burrrpp) alhamdulillahberjalan-jalan aku di bandar tadi.
ada jualan murah, aku mahu pergi.
dapat jugalah baju panas untuk orang lain dan diri sendiri.
murahlah, mesti kena beli :)
mukadimah je tu.
sebenarnya dalam hati sekarang aku rasa sedih.
bila berjalan dalam ramai-ramai orang yang aku tak kenal, aku sedih bila tengokkan orang kelaparan, mencari-cari duit untuk makan.
tak ada yang lebih menyayatkan hati pabila kita kenyang dan melihat orang kelaparan.
dan pabila orang tengok kita makan sedap, dia pula berkira-kira duit mahu beli benda yang sama.
itu sebab aku benci anak orang kaya.
yang tak pernah bimbang nak beli itu ini.
aku kengkadang bimbang akan jadi begitu.
nafsu yang banyak butakan mata.
kekadang bila tengokkan orang miskin berusaha untuk dapatkan sesuap nasi, rasa mahu sahaja bagikan duit dalam poket.
bila tengokkan budak kecil berkira-kira mahu membeli makanan, rasa mahu sahaja belikan apa-apa sahaja yang dia mahu.
kalaulah aku di Mongolia mesti aku kena serbu.
Alhamdulillah, rezeki aku tak pernah putus.
Lihatkan sahabat yang senantiasa solat Duha setiap hari membuatkan rohku menangis.
Dia minta rezeki yang lebih dari hari semalamnya.
5 minit sahaja setiap hari, tak ada apa yang rugi.
Aku pula memberi apa-apa sahaja yang termampu dari poketku.
Biarpun hanya sebutir senyuman (jika aku tida duit di situ)
Biarpun hanya sekeping biskut.
Biarpun hanya sehelai baju panas.
Aku tidak pernah berkira bila siapa-siapa datang kepadaku.
Jika barang kepunyaanku boleh membuatkan insan lain tersenyum, nescaya aku akan berikan semuanya.
Hati, belajar untuk jadi lebih bersedih ya?
Supaya kau boleh lihat keadaan sekeliling dengan lebih jelas.
Orang selalu kata, kalaulah aku kaya aku mahukan kereta Ferrari, Maserati ataupun rumah 14 tingkat dan mahu ke sana ke mari.
Kalau aku, aku mahukan keluarga aku sekadar cukup makan pakai, dan orang lain juga cukup makan pakai. Ada sedikit rezeki lebih, boleh bawak bercuti. Ada lagi lebih, infakkan sahaja.
Anda sudah berzakat?
Zakat harta? Yang lain-lain?
Bagaimana pula bersedekah?
Jika belum, niatkan untuk pagi esok ya?
*Mahu usap kepala anak-anak yatim. Lebih tenang jiwa ;)