sedang mencari kekuatan diri.semalam missCC berpuasa.
memang cadang nak berpuasa sebelum takleh puasa dan takut tak sempat nak kejar rahmat bulan syawal.
PIC suh dtg rumah baru beliau untuk berbuka.
dia kata dia masak rendang.
macam pelik, PIC malas gila masak-masak.
tapi pergi jugalah, sebab tak larat nak masak segala.
jetlag toksah ceritalah - terpaksa melayan, kalau tak memang demam sebab sekarang dah makin sejuk.
semalam ke sekolah pun bukan banyak menda boleh buat.
otak makin tak centre, mood nak buat keje pun tak datang lagi.
anyway.
semalam pergilah berbuka di rumah PIC.
rumah dia comfy dan cantiklah kalau nak banding rumah lama beliau.
harga sewa pun lebih kurang dari harga rumah saya kalau darab dua.
ok. saya request nak makan rendang dengan nasi impit.
nasib baik dia baik dia tolong masakkan.
dah sampai-sampai macam peliklah sebabb takde periuk tempat dia masak rendang.
bila dia tanya hsemate dia cukup tak rendang, saya nampak dia keluarkan rendang frozen.
saya pun cakaplah "ingatkan kau masak, rendang masakan ibu rupanya"
pastu PIC ceritalah segala rahsia.
dia tak kasi saya bagitahu orang rahsia
oppps terpecah sudah! rahsialah sangat!
sambil-sambil makan dan bercerita, saya borak-borak jugalah dengan hsemate beliau.
saya rasa dia muda saya setahun. atau mungkin sebaya.
saya tanaklah tanya lebih-lebih, kang PIC kata saya jatuh hati dengan hsemate beliau.
cukup2 lah saya kena kutuk sebab terbagitahu PIC saya google hsemate dia masa first time saya datang dundee.
ok. saya dah dgr cite pasal hsemate PIC ni dah lama.
borak panjang aje belum.
masa sampai umah tu, saya rasa awkward gila.
sebab dengan laki yang saya tak familiar (dan kawan baru) memang saya berat mulut sket.
macam mana leh meringakan mulut dengan PIC pun saya tatau.
anyway.
saya borak dengan hsemate PIC ni.
omak ai, dia gentleman gila ok?
borak2 pun macam bapak orang.
kalau dia duduk sebelah PIC, macam2 nasihat dia bagi PIC.
macam abang adik lah.
tak, dia tak alim pun.
inilah jenis lelaki yang saya cari selama ini.
penat aje cari kat malaysia/singapura, kat sebelah rumah aje rupanya.
saya rasa memang beruntung gila awek hsemate PIC ni.
dia pernah cerita kat PIC macam mana dia nak propose awek dia.
awek dia pun bukan calang2 orang - anak Tan Sri ok?
semalam saya tengok dia ni ringan tulang.
kemas rumah bagus aje.
pandai buatkan air.
nak harapkan PIC? sila tunggu musang berjanggut lalu depan umah. hahahha!
adeilah. mati aku kalau PIC baca blog aku ni.
minta maaf awal-awal bleh?
terima kasih kerana
nota: asu.wa.kuru.kara. maksudnya "hari esok (asu) akan datang juga (kuru kara)"