Tuesday, 13 October 2009

bila.saya.baca.blog.TAD.

Photobucket same day, same routine.

TAD kata dalam blog dia perlukan escapism.
dia kata hidup dia tak best.
saya rasa kalau saya tanya semua orang, semua orang akan kata hidup diorang monotonous aje.
kalau diberi pilihan untuk kehidupan yang lain, saya yakin mesti semua orang mahukan yang itu.

yang bekerja rasa macam nak jadi suri rumahtangga.
yang 24/7 kat rumah kerja tak berhenti-henti rasa macam nak keluar rumah tanak balik-balik.
yang disuruh belajar rasa nak bekerja.
yang bekerja merasakan belajar itu lagi mudah.

manusia memang susah betul nak bersyukur.

saya homesick.
saya survey tiket balik Malaysia untuk winter ni.
£1000 sangatlah tidak realistik untuk 2 minggu balik.
saya tatau macam nak ekspresskan rasa rindu saya pada rumah.
bukan pada Malaysia atau apa.
pada keluarga dan rumah saya.
pada kehidupan cuti 3 minggu saya yang terdahulu.

saya rasa saya tak bersemangat semenjak balik dari Malaysia.
saya rasa PhD bukanlah bidang saya.
saya tahu saya boleh buat tapi saya tanak buat, sebab saya dah tak berminat.

saya juga tiada driving force yang buat saya rasa nak datang makmal hari-hari.
cuma bila pagi-pagi bangun dari tidur saya cakap dengan diri sendiri:

'buat ini kerana family, masyarakat'

saya tak boleh nak pentingkan diri sendiri.
walaupun saya tahu saya tak minat dalam bidang penyelidikan, saya rasa belajar itu prosesnya sama sahaja.
'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'

semalam ade seorang adik undergraduate bertanyakan tentang saya.
belajar apa, course apa.
saya cakaplah saya buat PhD.
dia tak percaya.
mungkin sebab saya ni suka gelak-gelak dia ingat saya main-main.

kalau orang pun tak percaya saya buat PhD, awak rasa saya percaya ke saya tengah buat PhD?

bila saya tanya orang lain yang buat PhD, nampak mcm banyak aje results and discussions diorang.
terkini bila saya tengok thesis seorang budak PhD yang Mr Godzilla tunjukkan kat saya, saya rasa saya perlu masa lebih untuk hasilkan thesis setebal itu.

sekarang saya rasa saya dah hilang keyakinan.
memasak pun tak berikan ketenangan pada saya.
cerita di TV dan wayang pun tak menggembirakan saya.

tapi itukah yang saya cari selama ni?