feeling lost.hari saya bermula awal pagi.
awal awal awal pagi.
saya cadang tak mahu duduk di sekolah.
sebab abah saya ada.
abah saya kata jom kita pergi repair side mirror kereta yang pecah.
tapi saya pergi sekolah juga selepas subuh.
tengok-tengok sel saya yang saya harapkan dah mati.
saya rasa permulaan hari pun dah teruk.
lagilah saya malas nak masuk meeting pagi ni.
balik aje, pergi garaj.
hantar kereta.
suh orang tu pasangkan side mirror.
oleh kerana tiada appointment dibuat, kena tunggu dia siapkan kereta lain baru leh setel.
oleh itu, kami minum di bandar.
abah kurang sabar.
lepas dua jam orang tu tak call lagi.
kami berjalan kaki dari bandar ke garaj.
hujan. basah.
orang tu takde courtesy pun nak call cakap side mirror yang abah beli tu tak fit.
pastu dia suh kitorang gi amik side mirror yang lama pergi 'breakers' (maknanya kedai potong kereta) suh cari yang sesuai.
abah argue.
dia kata pasang ajelah.
orang tu takmo.
dia masih kata wiring lain. tak akan fit.
saya rasa mirror tu boleh fit sebab jenama sama cuma wiring aje lain.
pastu orang tu kata kami tak paham bahasa.
padahal saya tahu dia cuma malas.
dahlah lambat siapkan kerja dengan alasan banyak kereta.
tapi kami tengok dalam garaj dia ade 2 kereta tapi 3/4 pekerja.
abah insist juga suh pasangkan side mirror yang lama.
orang tu bengang sbb dia tak mahu pasang.
pandang muka pun takmo.
dia kata, tunggulah kereta lain siap.
kami pun balik dalam basah.
abah pulak kata tak larat nak jalan balik.
bas takde.
saya pun dah moody gila sbb satu persatu mende bodoh datang hari ini.
hari ini sungguh siyal.
saya emo.
saya jalan cepat-cepat.
sampai aje rumah, kami tertido sampai tgh hari.
dah petang, dah zohor abah pulak saiko saya.
dia dah siap2kan beg nak pergi epot.
padahal kereta takde.
saya pun panggil taxi.
selepas 5 jam, side mirror masih belum dipasang.
kereta takde pun.
mencit ar!
kami pun lepak minum kopi lagi.
lepas tu, baru dia siapkan.
dia caj 40 pound for nothing.
dan akhirnya, side mirror yang berfungsi sebelum ni terus jadi kaku.
saya sumpah keturunan dia malang 7 keturunan dan kedai dia bankrupt!
dan lepas masak buat bekal untuk bekal abah, kami ke edinburgh.
saya tak pernah pergi ke edinburgh airport.
cantik. lagi cantik dari glasgow.
kami lepak minum kopi (LAGI)
dan abah pun dah balik.
saya balik rumah, jadi kosong.
dan makanan berlambak yang tak abih-abih lagi.
jadi jiran-jiranku, datanglah rumah kalau tak malu. :D
*esok kena pergi sekolah - haih. bila nak weekend ni?