Monday, 12 October 2009

bebel.untuk.hari.ini

Photobucket kebosanan.

matahari cerah bersinar.
tapi saya tahu di luar tu sejuk.
saya menaip dari ofis saya.
sambil tunggu-tunggu experiment siap.

kerja saya tak banyak hari ini.
pergi mesyuarat pun takde mende nak present.
Mr. Godzilla tak marah pula.
mungkin dia pun sibuk tengokkan projek baru beliau dan nak buat grant proposal .
dia bagi advice sket sana sini.
saya pun angguk-angguk ajelah.

senior satu ofis saya pun takde.
saya ingat dia away seminggu sahaja.
mungkin dua minggusebab nak ikut waktu cuti sekolah di sini, saya pun tatau.

maaflah dah lama tak update blog.
ade dua tiga entri saya dah taip tapi saja saya tak mahu publish.
takut dua tiga orang terasa.
sekarang kan mood beraya, maka kenalah bergembira sahaja.

oh. semalam beraya di tempat Cik I.
Cik I ni, pantang jumpa saya nak aje bercerita tentang kawan seflickr saya tu.
sejak bila dia jadi orang tengah antara saya dengan mamat tu?
dan sejak bila saya dah start malu-malu ni?

oh ye. semalam selain mahu makan nasi briyani kambing+kueyteow goreng+ketupat+nasi ayam, saya mahu juga tengok lelaki bujang di st. andrews.
hohoho. gatal saya ni ye?
bukan saya aje nak tengok, ramai lagi gadis-gadis bujang. hohohoho.
tapi bila dah looking fwd dan dah tgk dan borak sket-sket, saya katakan pada Cik I:

maaflah. takde spark.

Cik I pun tanya balik... nak kena ada spark macam dengan mamat flickr tu ke?
hohoho. pandai awak mengusik saya.

oh saja juga mahu cerita.
ari sabtu lepas ada sedikit majlis untuk bujang-bujang.
acara makan-makan juga (manalah saya tak gemuk)
lepas tu ke acara usrah.
ada seorang akak ni (sila cari sendiri) bila nampak muka saya, terus peluk saya dua tiga kali.
ok, mungkin saya 'sedap' dipeluk, dia nak peluk banyak kali.
mungkin dia rindu sebab dah lama tak jumpa.

tapi rupanya ade udang di sebalik mee goreng.
dia pandang saya mendalam sambil berkata 'akak tengah cari calon untuk adik ipar ni'

saya pandang cik I, cik I pandang saya.
tapi akak tu pandang kat saya.
saya pun macam 'errrrrrr...?'

saya rasa dunia keliling saya dah pelik.
kalau dulu saya selalu cakap kat orang 'sapalah yang nak kat saya ni...'
sekarang ni bila orang kata 'nak tak kalau kenenkan dengan...'

maka, saya akan lari.

nak main sorok-soroklah mcm ni.

bukan sebab saya tak suka. tapi saya rasa pelik.
saya rasa cheesy gila kalau nak malu-malu ayam dengan orang yang kita nak kenal tapi nak buat bakal suami.

maka macam mana?
nak looking fwd ke nak main sorok-sorok?
abah kata habiskan belajar dulu.
hohoho. saya kata?

tanak kawen bleh?:P