Monday, 19 October 2009

kau.adalah.jantungku.

Photobucket agak kacau-bilau.

setengah jam menaip lagi selepas entri sebelum ni.
saya buka itunes saya.
tema lagu-lagu saya malam ini adalah musik seluruh dunia.

jepun-korea-cina-melayu-indonesia (melayu, bukan jawa) - perancis - spanish.

tiba-tiba terkeluar satu lagu yang buat saya rindu pada dia.
saya tak tahu lagu apa (sebab saya mendengar sambil buat kerja rumah sambil memakai wireless headphone)

malam ini kemuncak saya rindu pada dia.
kalau selalu sedikit sangat atau tidak langsung teringat pada si dia.
malam ni tatau kenapa kerap sangat.

mungkin tadi baru balik dari epot (teringat dating dengan dia)
mungkin tadi lepak kat kedai kopi (teringat dating dengan dia)
mungkin tadi susun-susun kad ternampak kad pelajar pemberian si dia (teringat dia tak pernah mahu bagi barang kepunyaannya kepada sesiapa pun)
mungkin tadi nampak printer lexmark, teringat pada dia yang suka print kerja rumah beliau.
mungkin tadi ternampak susunan CD MP3 di kereta, teringat bergaduh dengan dia mahukan lagu mana yang sesuai didengar dalam perjalanan.
mungkin tadi melalak sampai hilang suara, teringat bersama dia ke sana sini - duet bersama.
mungkin terdengar lagu yang di atas itu, buat saya teringat yang mungkin mungkin mungkin tadi.

babibun. nak mencarut takleh sangat sebab saya tahu pembaca blog ini. discretion sket.


nota: TAD, sila bagitahu aku bila ko free. aku nak luahkan perasaan kat kau. kau aje yang boleh buat aku senyum/ketawa dengan ayat-ayat genius kau.

nota lagi: saya akan ditch semua orang. saya mahu bersendirian untuk malam ini. biarlah semua nak terasa, saya pedulik ape. CIk I kata PIC terasa gila saya ditch dia. ABIH, BILA DIA BOSAN AJE DATANG CARI SAYA, BILA DIA ENJOY - NAK KE DIA CARI SAYA? dan bila dia bosan/depress dan nak jumpa saya, asyik saya aje nak kena dengar dia cakap itu ini. abih saya depress ade dia nak dengar?

baik cakap dengan dindinglah mcm ni.