Sunday, 18 October 2009

saya.yang.benar.

1) kena mengurat.

di suatu tengah malam yang tak berapa hening, saya berdiri tanpa rasa bersalah dan takut di bandar. saya buat apa? jangan tanya. tiba-tiba ada seorang mabuk datang mendekati saya. saya mestilah berlagak cool. kalau tak cool mesti saya dah lari. ok. orang tu saya ingatkan nak mintak duit kat saya. saya buat bodoh. dia tak puas hati, dia tanya saya lagi. dia tanya kat saya kata mana kedai makan yang bukak malam-malam dekat kat sini. mulut berbau arak. saya cakap seberang jalan ada kedai kebab. ok. saya ingat dia nak blah. aikkk... tak blah blah lagi. saya tahu tahap mabuk dia tak bape teruk sebab dia tenung aje saya.

dia mulalah tanya saya dari mana. buat apa kat sini. dah kawen ke belum. saya ingat kat mesia aje budaya mengurat ni tak hilang. kat sini pun ada rupanya. saya mulalah malas nak layan. tiba-tiba rasa nak cha alip buut pun ada. tapi saya kan cool.

bila dia nampak saya jawab sepatah sepatah. dia mulalah cerita pasal diri dia. pasal dia boleh teka saya orang mesia. pasal dia selalu pergi thailand (cari perempuan lah tu) dan dia seorang pelayar. oh, saya paham orang pelayar ni. gersang tak boleh blah.

pastu bila saya senyum-senyum dengar dia cakap itu ini, dia asyik pandang aje mata saya. pastu dia buat buat macam terkejut. dia tenung lagi mata saya. pastu dia cakap, "mata awak cantik". dia ulang tiga kali. saya nak aje cakap dengan nada sarkastik "maka?" tapi oleh kerana dia takkan paham saya pun cakap terima kasih, tiga kali juga.

kemudian dia tanya saya, saya nak keluar tak dengan dia, tunjuk-tunjuk Dundee. Mangkuk dialah, dia ingat saya keluar tengah malam sejuk-sejuk ni nak cari boifren ke? Saya nak pergi amik abah saya. Bila dia dengar saya cakap pasal abah saya, terus dia letak tangan di dada dan berkata "saya hormat bapak awak" aik! ko nak jadi menantu bapak aku ke? hak hak hak.

2) subway.

saya nak makan subway halal. saya pesan kat abah subway halal d London. kesian dia terpaksa jalan kaki angkat beg berat2 pergi mencari subway halal. sampai aje Dundee dia cakap subway saya tu dia tertinggal kat tren. saya diam aje. rupa2nya abah saya buat lawak tengah-tengah malam. dia belikan dua biji subway saiz dua kaki saya. hak hak. saya pesan kat abah saya thru text macam ni:

tolong order:

"1 foot long sweet chicken tikka, honey oat bread, wth cheese, toasted, all salads, sauce: honey mustard and sweet sauce"

sampai aje subway, dia bacakan text saya kuat-kuat. dia kata minah kat belakang kaunter gelak-gelak aje. hak hak. abah saya memang suka buat lawak.

3) carboot

luar biasa dalam keadaan sejuk-sejuk macam ni, carboot ramai gila orang. yang paling banyak adalah orang yang menjual. saya dapat sebiji scanner-printer-copier. 5 pound aje. alhamdulillah. tapi abah saya kata kat minah yang jual tu, "kalau benda ni rosak - saya campak depan rumah aje eh?" minah tu gelak fake. saya rasa abah saya sarcastic. hohohohoho.

4) drama/filem korea

oleh kerana minat meluap-luap saya dipindahkan dari jepun ke korea (arashi dah mcm takde sangat dalam kamus hidup saya) - saya akan mencuba untuk membuat ddukbokki, yang sekali tengok macam kuey teow yang letak dalam yong tau foo cuma tambah sambal lebih. bahan-bahan saya dah beli. rice cake aje saya tak jumpa. tapi takpe, saya jumpa kuey teow basah. blasah aje. kalau sedap, saya akan panggil jiran tetangga datang merasa. hak hak hak.

5) barang murah/almost free

saya bukan kedekut sekarang, tapi keadaan saya sekarang macam semput-semput aje. nak masuk kelas bahasa jepun tak mampu. nak pergi gym pun tak mampu. tapi saya dah pinjam 3 buku grammar bahasa jepun. saya dah pandai tulis kanji, saya dah pandai mengira jepun dan menulis sehingga ke 1000. rumah saya ada wii fit, ada step (untuk aerobik) dan dumbells. nak tanak aje buat. gemuk macam tu jugak. skrip jepun masih tak reti nak baca. mende free kena usaha lebih sket lah.

6) asam

oh, untuk sesiapa yang mahukan sedikit kopi kacip fatimah ataupun asam biji (untuk yang loya-loya), sila datang rumah saya. saya ada banyyyyyyakk gila, saya niat mahu sedekah saja. sila bagitahu awal, kalau sempat saya akan buat ddubokki utk anda, ok?