Tuesday, 3 March 2009

a'isya!si.pipi.merah.

Photobucket bersemangat waja rakan muda!

ceh, semangat betul aku bangun pagi.
selalunya nak pergi gym pun macam liat-liat aje.
konon-kononnya bangun awal pagi bolehlah ke gym dan berbuat apa yang patut.

semalam cadangnya mahu bersalsa di kelas aerobik.
sudah bersemangat bersiap mahu jadi yang terawal tiba-tiba pintu rumah terkunci lagi.
kali ini aku bukan di luar rumah, tapi di dalam rumah.

orang kata kalau mende nak jadi, jadilah kan.
alkisah kunci pintu yang luar sekali berada di dalam ofis.
nasib baik ada seseorang kakak baik sanggup berjalan kaki daki bukit datang untuk membukakan pintu.
itu pun dia buka bukan dengan kunci pendua aku.
tapi dengan master key beliau.
ye, jika anda mahu tahu - kunci pintu di UK kebanyakan sama aje. Tu sbb mereka ada 3 kali kunci untuk extra protection.

oleh kerana itu, aku berasa sungguh terharu, lalu aku mengajak lepak di rumahnya sambil aku memasak kerabu seafood!
tak pernah lagi berbuat kerabu yang ini.
letak kerisik, letak santan, sotong dan mussels.
dan paling penting: taugeh dan cili padi.

sambil makan sambil borak ramai-ramai.
takdelah ramai sangat pun. 3 orang aje.
tapi seronok berborak ni sebab dalam suatu perbualan tersebut aku dapat banyak info baru.

pada aku, kalau dalam sehari aku dapat belajar satu ilmu baru aku sudah kira hari itu adalah hari untung aku.
di mana kita mahu cari lagi ilmu jikalau kita tidak berada di sesebuah institusi?

kali ini aku mendapat ilmu matematik (betul tak cikgu?)
yang selalunya aku kira ilmu matematik ini sangat susah dan sesiapa yang membuat subjek tersebut adalah seseorang yang sangat bersifat mantik (logik).

selalunya aku selalu fikir biologi yang mempunyai kelengkapan untuk memasuki bidang kimia dan fizik.
sekarang baru aku tahu kuasa matematik itu sungguh luas sekali.
baru aku tahu matematik boleh masuk ke bidang bahasa.
dan (baru sangat aku tahu) statistik bukanlah matematik.

maka, dikirakan aku tidak pandai matematiklah.
aku sangat sukakan statistik hinggakan aku terpaksa memahami formula untuk mencari kelogikan taburan data-data eksperimentasi.

'Mathematic is a Queen of Science' jelas Cik MZAM di dalam email yang baru dia hantar awal pagi tadi.
Bila dia kata projeknya berkaitan dengan pembuktian formula untuk menerangkan pertumbuhan fungi, aku jadi sangat kagum.
Maknanya aku pun boleh buktikan kadar pembukaan subunit sodium channel yang berada di permukaan sel paru-paru di dalam kes Respiratory Distress?

Tahniah Cik A! Anda telah membuka mata saya kepada sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan.

Padanlah orang berkata, "bergaullah kamu dengan orang-orang yang berilmu, supaya kamu mendapat berkat"

Haish, teringat aku pada sahabat-sahabat baik di Malaysia.
Sembang di kedai kopi dan restoran hanya bercakap tentang isu politik dunia, kisah biologi dan perubatan!
Mana mahu lihat sekumpulan perempuan duduk beramai-ramai satu meja berborak tentang ilmu hidup?
Sampaikan pakcik sebelah pun terasa mahu tarik kerusi sertai korum sekali!

Owh Cik MZAM, tahniah! anda telah membuatkan saya berfikir pagi-pagi ini.
Di dalam emailnya yang panjang hanya menceritakan perbezaan matematik dan statistik membuatkan aku kagum.
Persoalan yang masih terlekat di minda kini adalah:

percaya tak jika sy kata - dlm 1 itu lebih dari 1?

mm...nk tau betul ke x...kena pasang asma ul husna lah....(contoh paling simple)


SUBHANALLAH!