knackered all the time.Dundee hujan lebat.
Sangat lebat sampaikan tidak perlu membawa kereta untuk dicuci.
Baguslah sebab kereta aku dah penuh habuk.
Hujan hari ini penuh makna.
Allah semacam mahu aku tahu yang dunia sekeliling pun turut bersedih.
Aku tak reti meluahkan.
Aku hanya mahu mendengar.
Buat kaum lelaki.
Ketahuilah bahawa perempuan-perempuan yang kamu suka dek hanya kerana pandangan pertama itu sebenarnya tidak membawa makna.
Aku menangis kerana aku rasakan dunia ini tidak adil bagi orang-orang macam aku.
Ah! dunia juga sudah pupus lelaki-lelaki yang tahu menilai agaknya.
Hujan!
Jatuhlah engkau ke muka bumi dan basahi tanih jiwaku ini.
Biarkan airmu mengalir laju bersihkan segala rasa sedih hati ini.
Hujan!
Datanglah padaku dan sejukkan hatiku yang membara ini.
Lebatkanlah kejadianmu menandakan remuknya hatiku ini.
Hujan!
Kau datang tepat pada waktunya.
Aku harap kau pergi lekas bawa hatiku pergi.
Aku sukakan titis-titis itu.
Sila datang dan gembirakan hatiku kembali.