




sedang update iPod baru!saya berasa sungguh gembira.
sebab saya baru sahaja mendapat iPod saya.
saya download balik iTunes yang saya sudah deletekan setahun yang lepas.
saya namakan iPod saya Si Tijah.
ehem.ehem.
saya dah upload banyak lagu.
semuanya lagu-lagu lama.
kebanyakan lagu-lagu melayu.
saya lebih suka lagu melayu dari bahasa Inggeris.
tu sebab saya masih tak pandai bercakap bahasa Inggeris.
nak tulis apatah lagi.
heh.
bila sudah habis upload saya cuba-try-test-uji iPod saya.
dengan jakunnya saya pun tekun mendengar.
tiba-tiba saya terdengar...
"ji - kah - ka - u - ra - sa - ge - tarrrhhh - nyiaaa - ............SELAM"
seorang lelaki berbicara di telingaku.
aku pun macam... apa?
bila aku dengar lagu tersebut, baru aku kenal akan lagu tersebut.
"Jika Kau Rasa Getarnya - SLAM"
Aku ketawa terbahak-bahak. Aku ketawa dan sambung ketawa.
Aku pindah ke trek musik kedua.
Seorang minah pula berbisik:
"I - nank - bhu - jhang - dhan - dharaa - I-lluu- si"
Aku sambung ketawa tak henti-henti.
Ah! iPod ini sahaja sudah buatkan hatiku rasa gembira. Semacam mendengar orang putih belajar bercakap bahasa Melayu. I loiiike!
*Nak tahu hari ini apa sahaja yang buatkan aku rasa gembira? Aku ke bandar. Aku membeli belah seluar trek dan wrist band untuk adik kesayangan aku. Aku berbelanja macam tak hingat dunia.
Oh ye, sekarang tengah sale. Jom membeli belah?