Tuesday, 3 March 2009

kini.rasa.aku.

Photobucket hail shower di luar! sejuk!

aku sedang nonton cerita "I'm not single"
cerita macam hape aje.
sampai separuh jalan aje aku berhenti.

"tak menjana minda" rengus aku.
tapi aku klik-klik jugalah biarkan ianya berjalan.
ada satu part tu ayat dia tiru macam 10 things I hate about you.
Aku tak pernah tengok cerita tu, tapi aku selalu baca blog orang kata sukakan lame quote mcm tu.

(aku terasa lama gila tak balik Malaysia.
entah! bukan tak rindu cuma tak berasa seronok pun.
mungkin beban kerja banyak buat aku tak mahu balik.)

ok sambung cerita tadi.

ok, melalui cerita tersebut aku nampak suatu trend orang-orang Malaysia yang aku tak tahu nak kata apa.

macam lelaki yang merokok mesti nampak cool.
macam lelaki mencarut pun masih nampak cool.
macam kereta itu lagi disayangi daripada bini sendiri.
oh ye! lelaki sukakan perempuan yang kurus, rambut ikal mayang, kalau boleh kecik tapi mempunyai potongan badan macam saloma.
lelaki sukakan perempuan yang manja-manja dan gedik-gedik.
perempuan kalau mahu dikasihi mestilah buat-buat macam lemah dan mestilah kuat menangis.
budak yang umur 20-25 tahun dah gatal2 nak kawen tapi suh mak bapak tanggung duit kenduri dan duit hantaran.

alasan 1) kami masih belajar, tiada duit lagi
alasan 2) kami kahwin sebab nak elakkan maksiat. tapi bila dah pat lima tahun kahwin, rasa menyesal sbb tak enjoy zaman muda.

haih! suh belajar tinggi-tinggi degil! nak main-main aje.
buat adik saya, sila belajar serajin yang mungkin.

skang aku sambung nonton cerita 9 September.
Harap-harap aku tak tertidur.