i hurt my right ankle.aku pergi ke ofis dengan langkah longlai.
malas betul mahu berbuat kerja hari ini.
motivasi seakan tiada.
sudah separuh hari hati memberontak mahu ke bandar.
alasan mahu membeli bola squash kononnya.
ada seorang kakak tensi mengajak lepak sambil minum kopi bersama.
setelah menunjukkan muka pada Mr. Godzilla dan berborak-borak dengan co-SV yang selalu menggelarkan Malaysia itu Malaya, aku rasa sungguh gembira.
Co-SV aku itu orangnya baik dan suka berjenaka.
Bila aku tunjukkan results pada dia tadi, dia katakan "ah! see! you're showing off again!"
Dia banyak memberi rangsangan dan pujian serta kritikan membina.
Dia kata aku antara beberapa orang yang boleh dapat keputusan sebegitu di Britain.
Aku terharu! Berbaloi aku menangis-nangis bila stress membuat kerja.
Sudah sampai ke rumah, aku tiba-tiba teringatkan kerabu daging Cik I.Aku tengok-tengok dalam peti sejuk cuma ada Beef Rib.
Aku defrostkan dan lumurkan dengan sos tiram dan terus grill dalam medium heat.
Kemudian, aku cincang seulas bawang besar.
Aku hiris setangkai cili merah dan beberapa tangkai cili padi.
Aku hiris juga dua biji tomato.
Semuanya aku masukkan ke dalam bekas.
Aku gaul bersama gula, garam, air asam jawa, air limau dan thai pad sauce.
Setelah daging kelihatan rangup di kedua bahagian, aku keluarkan dan sejukkan seketika.
Kemudian aku hiris nipis-nipis dan aku masukkan terus ke dalam adunan sos tadi.
Gaul sehingga sebati.
Sedap dimakan dengan nasi panas dan iceberg salad.
Hari ini alhamdulillah adalah hari yang penuh bermakna. Sudah tiga hari berkerabu! :)