Thursday, 12 March 2009

coincidence.

Photobucket sibuk mendaki tangga kejayaan - chewahhh!

ada beberapa orang telah meluahkan perasaan takut kepadaku.
eh bukan takut sebab badan aku besar ataupun aku garang.
mereka takut sebab aku boleh baca fikiran mereka.
walaupun tak berjumpa.
kalau betul kata mereka, itu genetic make-up aku dapat dari abah aku.

semalam aku ke Tesco.
partner-in-crime aku kononnya nak membeli salmon.
kemudian aku ternampak satu bahagian yang jual pinggan mangkuk.
tiba-tiba aku teringat kat Kak L.
tanpa fikir apa-apa, aku ambil satu bekas pyrex dan bayar.

sejam kemudian, dia kata dia mahu beli pyrex.
aku kata - dah beli dah pun untuk dia, yang sama macam dia describe.
serius! aku pun terkejut kenapa aku boleh buat impulsive buying.

ada lagi banyak kebetulan.
aku ada buat satu ujian.
aku cakap dengan partner-in-crime aku mcm ni:

kalau aku call ko, maknanya kau tengah teringat kat aku.

ceh mcm cerita darren brown pula.

ternyata ujian itu berjaya.
haih.

kebetulan aje tu.

updated: kebetulan aje ni kot. setelah sekian lama aku tak bukak flickr aku, tetiba terasa nak bukak. pastu tengok-tengok ada banyak gila gambar nikah si NZ dgn Abg Mahmud. pastu tgk2, hilang. hahahaha! rezeki aku je lah nak tgk.