apa.dalam.minda.saya.sekarang.
duduk sorang-sorang di ofis, dalam hospital, waktu maghrib. ko rasa apa perasaan aku?- perut penuh. baru lepas makan tomyam 2 mangkuk, dessert cereal honey dan oat. jangan tanya ukur lilit pinggang aku sekarang berapa.
- kerja banyak nak buat. masih di ofis, tapi research fellow suruh balik. dia kata, awak student - jangan kerja keras sangat.
- kenapa aku tak boleh kerja kuat? ni kira untung aku bekerja sepenuh tenaga.
- aku pakai perfume magnifique pergi sekolah hari ini. tapi tiba-tiba terbau perfume colleague aku, lagilah wangi! deng!
- aku pakai kasut gi jalan-jalan ke sekolah. ketuk.ketak. kaki sakit.
- sepanjang hari ini aku terasa haus walaupun dah minum banyak air. simptom PMS datang lagi.
- poster untuk ke conference tak siap lagi. daging dendeng!
- terasa macam tidak mahu ke persidangan tersebut. sebab tidak ditaja dan tiada siapa mahu teman (buat-buat sedih mengada2)
- tengah doa-doa last minute adalah insan nak ikut sekali buat kerja gila.
- aku rasa manusia zaman sekarang makin selfish dan tahu nak selamatkan periuk nasi sendiri.
- aku rasa kawan-kawan satu kepala aku semuanya dah hilang dan pergiiiii jauh. ni semua sebab nama lelaki.
- ye, aku tak paham sebab aku tak kahwin lagi. maka, selama itulah aku rasakan kawan2 aku telah khianati aku. haha!
- aku kena bersikap lebih realistik mulai hari ini.
- aku tak boleh berada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa. aku bukan superwoman.
- oleh kerana itu, aku terpaksa bersikap bias dan cuba buat-buat sibuk jika ada yang bertanya sama ada aku lapang ataupun tidak.
- oh! iPod tak sampai ke tangan aku lagi. geram! Royal Mail saja mahu cari nahas. Aku rasa posmen dia curi iPod yang sangat terbaru itu! haishhh!
- saya terasa mahu ke Brighton. pergi seorang pun takpe. jalan-jalan tepi pantai naik vespa. perggghhh... Cik Puan Farah, jom?
- duit sen dalam poket aku tak cukup untuk aku beli tiket kapal terbang. oleh kerana itu, aku mungkin tidak pulang beraya bersama kalian. Mungkin... Aku bukannya boleh caya sangat.
- tidak, tidak. bukan aku tidak punya uang. aku mahu kumpul uang mahu membeli rumah yang enak-enak. fikir masa depan.
- esok ada orang nak masak laksam. perlu ke aku spend duit 20£ ke rumah beliau untuk menikmati laksam walhal dengan 20£ tu aku boleh buat laksam untuk makan 10 orang? hmmmm...
- tapi sebab aku dah berjanji (suka sangat janji dengan orang) aku mahu jumpa bekas kekasih lama dan masakkan beliau rendang daging pedas sebelum beliau pulang ke Malaya, maka aku kena gagahkan jua ke sana.
- mungkin jika ada rezeki boleh bersarapan di Justice Mill (walaupun sarapan kat rumah lagi sedap)
- haihhhh, rumah bersepah gila, gila! balik nanti nak kemas. kalau aku tak penat emosi.
- tapai pulut tak tertapai lagi. nak kena tunggu patbelas bulan keeeee baru jadi?
- aku rindukan Cik Puan Farah, Cikgu NikTat dan Dr Hazwani. Yang lain tanak rindu sebab korang semua dah ada laki dan anak-anak :))
- ok, mahu sambung buat kerja sekolah.