sibuk mengisi itinerary hujung minggu beliau.siapa-siapa yang kenal aku tahu aku tak banyak bercakap.
ye ke? bisik mulut Cik Nunu.
iye Nun, aku lebih suka mendengar dari banyak bercakap.
tapi... (ada tapi tu)
kalau orang bertanya pandangan aku, aku akan cuba juga untuk bercakap.
dengan paksa rela.
hari ini ada seorang budak PhD datang pada aku.
dia mengeluh dan mengadu pada aku tentang susahnya buat PhD ni.
aku diam. aku dengar.
kemudian riak mukanya semacam mahukan nasihat.
haish.
aku cakap biasalah tu.
kalau nak diikutkan buat PhD ni - baca journals, ulas journals, buktikan hipotesis, justify points, tunjuk results, defend findings - tulis thesis.
siapa yang rajin, setahun pun boleh habis.
itu kalau cakap-cakap mulutlah.
tapi buat PhD bukan macam tu.
dengan masalah tak paham journals, apatah lagi nak ulas.
hipotesis celah longkang mana pun tatau nak cari.
apatah lagi nak justify points.
dengan methods lintang pukang.
dengan results entah hape-hape.
nak buat conclusion pun malu-malu ayam.
tu belum dengan duit geran takde.
supervisor garang nak mati.
asyik pushy aje memanjang.
dengan bahan experiment jadi tak jadi.
dengan trial and error aje memanjang.
itulah PhD.
Permanent Head Damage!
aku cakap, normallah orang stress bila tahun pertama.
kalau tak stress tu tak normallah.
haih, jadi motivator aku hari ini.
kang aku balik kena bagi talk pula dengan clinicians, physicians, surgeons etc tentang Medical Ethics.
pening dowh!
oh cik i'm-all-ears, saya pun baru saje bagitahu orang lain that "im-all-theirs"
sebab itu ke saya makin stress.
tidak.tidak.
saya stress sebab benda-benda yang saya sebut di ataslah.
sebab itu ke saya makin stress.
tidak.tidak.
saya stress sebab benda-benda yang saya sebut di ataslah.
bagi sesiapa yang mahu membuat PhD,
aku mahu sajes buku ini untuk bacaan sebelum mahu berkira-kira hendak menghentakkan kepala anda.
"Stop doing & Start Thinking"
Memang bagus untuk bacaan dan motivasi diri.
Semalam aku berborak dengan seseorang.
Dia berikan aku sebuah ayat Al-Quran tentang bagaiman mahu tackle seseorang yang kejam terhadap diri.
Comel aje bila dia kata "nak cuba cara lain untuk tundukkan Mr Godzilla?"
wawawawawawa. Macam tengah tengok cerita Susuk aje.
Surah Al-Kahfi ayat 19. Hafal, biar masuk dalam kepala.
Oh ye! Iklan. Sila beli Sunday Times Ahad ini. Ada muka aku kat front page. heh.