Sunday, 1 March 2009

cakap.berbisik.bisik.

Photobucket aigoo! hari ahad sudah!

aku tak lena tidur sangat malam tadi.
mungkin sebab penat sangat ke makmal semalam ataupun sebab bau duvet baru dah jadi lain.

nak tak nak kena bangun awal pagi ahad ni.
banyak perancangan mulanya hari ini.
mahu ke makmal, mahu ke gym, mahu berpiknik.

hari ahad, kerjalah juga.
badan dan minda pun kena jaga juga.

sedari pagi ni aku mendengar lagu Mr. Brightside.
teringat masa berkaraoke di rumah Fendi bersama SingStarnya.
haih! dah ulang 40 kali ni.
masih tak jemu juga.

keje sudah separuh siap.
sudah bersedia mahu ke gym.
sebenarnya mahu bermain squash tapi tiada seorang kat sini pun mahu bermain benda tersebut.
haih, nak main seorang2 terasa loser pula.

takpela, mungkin minggu ni tiada rezeki lagi mahu bermain-main.
terpaksa kerja lebih sikit sebab macam banyak saja benda kena buat.

takut esok Mr Godzilla marah lagi.

oh ye! tadi ketika aku di makmal, seseorang telah menghi-jack komputer aku dan menaip di screen saver aku: _____ was here

cipet! masuk ofis orang tanpa salam. malas aku nak bagi kombinasi kod untuk ofis aku kat orang lain dah.
aku seypak kang! (teringat iklan telekom/petronas?)