


ramai gila yang bertanya pada saya:
1) saya bercerita itu ni pasal PIC saya, PIC tak baca blog saya ke?
jawapan: TIDAK. dia kata dia tidak membaca. abih mahu saya paksa dia?
2) saya tidak pernah tunjukkan gambar beliau. kenapa?
jawapan: ye ke tak pernah? kenapa kena letak? dia boifren saya ke? dia tunang saya? dia suami saya ke?
3) saya ada apa-apa dengan PIC ke?
jawapan: dia rapat dengan saya di Dundee. siapalah yang kepala gila-gila yang ada di Dundee ni sepanjang masa? dia aje saya rasa. no offense, tapi rakyat Melayu di Dundee semuanya baik-baik dan skema. kami pun baik-baik juga tapi tak cukup skema hahahaha!
4) kenapa asyik cerita pasal PIC aje?
jawapan: dah hidup saya asyik bersama dia aje. kenapa asyik highlightkan PIC aje? ramai lagi nama saya letak, kenapa tak ambil kisah yang itu?
*untuk tatapan semua, saya siarkan juga gambar dia. hehehe. haih. dia seorang kawan yang baik. memang baik. saya kena cakap yang baik-baik aje lah kan? kalau nak kutuk dia, depan-depan dia pun boleh :P




ada sekali tu, duk bertanya dengan PIC - macam mana kita boleh jadi rapat eh?
dengan selamber dia cakap - sebab kau masak nasi kerabu. hahaha!
tapi macam mana aku leh offer nak ajar dia masak nasi kerabu eh? hmmm...
saya kenal dia dah lama.
kami datang UK tahun yang sama.
dia kawan kepada adik Burhan saya yang berada di Aberdeen nun.
masa saya di Aberdeen, saya pernah ke Dundee makan-makan dan borak-borak dengan dia.
dia kata dia suka genetik, sampai sekarang saya masih ingat.
lagi terharu bila saya sekarang tanya dia pasal itu selepas 3 tahun, dia siap tahu saya pakai baju warna apa malam itu.
bila saya pindah ke Dundee, dia tolong juga saya pindah rumah baru.
tatau kenapa dia mahu mengendeng juga padahal dia sorang aje lelaki.
siap suruh dia tukarkan lamp shades lagi.
kemudian, kami kenal gitu-gitulah.
borak-borak di YM ajelah.
tak lepak sama-sama pun.
itu yang saya tatau bila kami mula rapat.
tapi saya ingatlah, saya pernah rasa macam mahu menangis buat PhD ni.
saya mengadu pada dia.
dia tenang aje.
saya tahu mungkin dia tak berapa kisah.
pastu saya dapat tahu dia stress juga.
punyalah stress sampaikan ada sekali tu dia ke Dublin setelah membeli tiket malam sebelumnya.
kalau dulu saya stress - saya akan terus naik Aberdeen. itu pun dah kira spontaneous.
rupanya mamat ni lagi 'cara' ye?
saya rasa sejak itu kami rapat.
sebab dedua pun stress dan kami tiada escapism yang menarik di Dundee ni.
pernah sekali saya bergayut dengan dia hinggakan bil telefon bulan itu mencecah 200GBP!
terus saya rasa menyesal dan berpindah ke prepaid sahaja.
call dia free. maka, saya boleh gayut dengan dia 24/7.
saya suka dia sebab dia cakap lembut aje.
bukan mushy-mushy. manja-manja pun tak.
jarang gila tengok dia emo.
dia ni kuat bercakap.
kuat bercerita.
selalu kalau bercerita kalau boleh seantero orang kat dunia ni dia nak kenalkan.
kan saya kata dia seorang kawan yang baik?
dia pun kepala gila-gila.
adrenaline junkie.
spontaneous.
sedikit liberal.
sanggup buat apa sahaja demi kawan-kawan.
padanlah kawan-kawan dia ramai.
haih beda gila dengan aku nih.
haih. ni edisi mende nih?
geylong.geylong.geylong. :P
oh ye. antara benda yang buat kami rapat adalah - saya suka gelarkan dia gay dan dia suka gelarkan saya les. ahacks. kami bi ke? :D

