kini berasa sungguh segar!bangun aje pagi lagu-lagu arashi menyambut di telinga.
saya sudah rasa kurang penat.
mungkin rasa sedih itu juga sudah hilang.
maaf, saya hilang sekejap kerana berhujung minggu di kampung saya.
maka saya masih rasa penat sebab ke sana ke mari beraktiviti.
tapi hati saya masih sedih.
saya pun tak tahu kenapa.
semua kawan-kawan saya yang rapat atau tidak telah katakan muka saya sangat sedih sejak kebelakangan ini.
bila saya katakan tidak, mereka kata saya in denial.
tapi saya perasan sejak kebelakangan ni saya asyik duduk menyendiri.
tonton wayang sendiri.
layan arashi sorang-sorang.
saya rasa dunia di sekeliling saya macam terhenti.
saya, dunia saya dengan arashi.
saya tak tahu kenapa saya suka sangat arashi.
lagu-lagu mereka saya boleh dengar sampai habis walaupun saya tak tahu lirik pada mulanya, bila saya tahu liriknya, lagi saya jatuh hati.
punyalah besar penangan arashi ni - mereka boleh buat saya duduk depan laptop saya seberapa lama yang boleh.
mereka juga berjaya membuatkan saya tidak memecut kereta bila-bila saya berada di lebuhraya.
mereka berjaya buat saya berada di alam saya sendiri.
mungkin sebab ini saya suka sangat diam dan 'nampak' sedih.
mungkin saya sedang mencari identiti diri.
mungkin saya sedang tilik ke mana hidup saya mahu pergi.
saya tak mahu malas-malas lagi.
kalau arashi boleh berusaha 10 tahun untuk jadi yang terbaik di jepun tanpa kenal erti penat lelah, kenapa saya tak boleh?
saya nak berkawan-kawan dengan budak-budak yang comel, baik hati, pandai menari dan menyanyi macam diorang.
mungkin saya kena jelajah dunia ini dengan lebih jauh lagi.
perjalanan saya masih belum bermula lagi.
sila doakan saya, terima kasih.
oh, saya suka lagu ini. haih. haih. haih.
*si TIJAH sabotaj saya arini. dia tak mahu mainkan lagu arashi dah. mungkin penat agaknya. haih.