Monday, 8 December 2008

weight.watcher.

Photobucket rasa macam nak membebel, lagi

terus terang aku katakan, aku tak kisah dengan berat badan aku.
macam korang selalu kata : cinta tidak mengenal usia.
well, aku kata: aku tidak mengenal erti gemuk/kurus.

aku pernah kurus, pernah jadi tembam.
gemuk aje tak pernah. eheh.

eh pernah, masa aku berumur 10 tahun sampai 12.
lepas tu aku slim balik sebab main sukan.

bila dah slim pun aku tak suka.
sebab kalau nak slim, kena bersukan dan aku terlampau penat hatta untuk makan sekali pun tak larat.
aku tak diet pun dan muka aku jadi gelap.
tak suka! tak suka!

pastu bila aku stop bersukan, badan aku naik balik.
sebab aku guna tenaga aku hanya untuk makan.
hobi aku, makan tido makan tido.
betul, aku tak tipu.
pada aku, benda tu nikmat dunia yang sangat hebat (buat masa nilah).

ada beberapa orang kawan pernah cakap dengan aku.
"I'd kill myself to get your body"
Baik yang kurus sangat ataupun gemuk berisi.
Mungkin sebab itu aku tak pernah kisah tentang berat badan aku.

Selalunya, yang jadi pengukur aku hilang berat badan atau tidak adalah saiz baju.
Tapi yang lawaknya, aku pernah terbaca sebuah blog seorang hamba Allah ni.
Dia kata dia pakai baju saiz UK 18, tapi sekarang dah turun jadi UK 14. Tapi aku tengok saiz badan dia mcm tu gak. Saiz 18 dia pakai pun ketat agaknya.
Aku tatau standard saiz apa yang dia pakai. Mungkin dia pakai saiz EVANS. Mungkinlah.

Aku pun pelik. Pada aku, saiz baju yang besar tak semestinya badan kau besar.
Yang kelakarnya, kata pakai saiz baju saiz UK10 tapi nampak bukit sana sini.
Apa salah kau pakai baju saiz 16 biar tak nampak dua biji tembikai yang macam nak sangat terkeluar tu?
Laki pun tak suka. Kau ingat lelaki suka sangat ke? (Oh, ye - kecuali boifren korang yang suka meramas, laki gersang ataupun yang sex maniac)
Aku ada aja kawan yang kurus tinggi tapi pakai dua saiz lagi besar dari saiz sebenar dan dia tak pernah kisah pun. Aku pun kekadang tak paham dengan species perempuan ni.

Tapi sekarang aku rasa macam kena kisah.
Sebab seperti yang sudah maklum, di sini musim sejuk.
Bila sejuk, orang akan duduk rumah.
Bila duduk rumah, kebarangkalian untuk makan adalah tinggi.
Tak kisah kalau ko asyik makan megi tapi berpilates 1 jam.
Ni bila makanannya adalah nasi, lauk sedap, siap ada pembuka selera dan dessert.
Dan MILK SHAKE, FRIJJ macam dalam gambar bawah ni.
Aku yakin paling tidak 5 kilo akan naik (oh ye, di rumah saya tiada weighing scale)



Oleh kerana aku merasakan bahawa winter weight ini sangat-sangatlah membuatkan mood aku berubah tiap-tiap kali, aku mahukan satu perubahan.

Mari kita berubah!

Dari asyik duduk rumah, sila lepak di perpustakaan.
Dari asyik masak aje, baik makan salad dan yogurt.
Dari asyik makan cokelat dan milk shake, baik minum green tea.
Dari asyik tengok tv dan tidur, mari kita pergi jogging!

Oh, aku tahu, itu hanya tinggal azam aje. Oleh kerana nature manusia suka blame orang/benda lain except of themself, maka aku blame winter yang amat sejuk ini!

oh well. that was so oxymoron aye?