Saturday, 6 December 2008

hari.ini.dan.selamanya.

Photobucket berehem. dan kini dia tenang-tenang sahaja.

aku tahu ada yang mahu lihat bagaimana aku spend hari aku hari ini.
sejujurnya seperti tahun lepas, aku tak mengharapkan apa-apa yang berlaku pada hari ini.

oleh kerana itu, aku tidur lambat pagi tadi.
Nonton Jimmy Carr, si komedian yang atheis lagi menjengkelkan.
Dia aku ibaratkan seperti Cikgu Disiplin aku masa interview untuk menjadi pengawas.
Muka garang dan memang garang pun.

pukul 1 pagi ada orang ketuk pintu.
ada orang kirimkan Nandos khas datang dari Glasgow.
'Ni treat dari aku, Happy Birthday!' kata dia.
Aku jawab terima kasih (abih, kau nak aku cakap ape lagi?!)


set ayam Nandos, kat Malaysia pun aku tak makan, tahu?


Cadang nak makan satu set ayam Nandos lepas bangun tidur.
tapi bau ayam sahaja sudah buat perutku teruja.
Sambil makan borak sekejap dengan member yang bagi ayam tu.
Tapi baru makan starter sudah kenyang.

Kemudian, sahabat baik aku, Cik Puan Farah menghantar text yang berbunyi begini:



"Kalo ko kat Msia skrg, umo ko arini dah genap 25 tahun. Kalo ko ade kat Msia skrg, kite kompem dpt kek free kat Chillis. hihi. Happy Birthday Sweetie"

Mesej itu buat aku mahu nangis. Dia kata kalau aku balik nanti dia nak selebret bday kami berdua yang lepas-lepas tu.

Aku lagi rasa mahu menangis.

Kemudian, seorang lagi berikan text. Aku tak terkejut pun. Walaupun aku tahu dia busy dengan hidup baru dia, aku gembira dia masih ingat akan tarikh hari ini.

Yang lain, senyap sunyi.

Aku tak bagitahu orang pun b'day aku hari ini. Tidak di Friendster, tidak di YM. Siapa yang tahu, tahulah. Siapa yang lupa, aku pun tak kisah.

Ada beberapa orang juga yang menunggu waktu di Malaysia 11:59pm. Abah saya, abang pandai saya dan juga adik saya. Mereka ini sefikiran dengan aku. Aku pun kerap wish orang pada minit terakhir hari lahir tersebut. Terima kasih. Nanti kita buat post-celebration sama-sama ye?

Aku bangun pagi tadi agak lambat. Dahlah lambat, boleh duduk saja-saja tengok Gilmore Girls back-to-back.

Kemudian aku fikir; Setiap tahun secara tradisinya aku akan memasak dan mengajak kawan-kawan datang ke rumah. Kenapa tidak tahun ini?

Selepas Asar aku menjemput kesemua teman rapat di Dundee. Sempat beli ayam dan daging sekaligus untuk Raya Haji. Kali ini aku memasak dengan penuh ketenangan. Tak macam tahun dulu-dulu, stress aje memanjang.

Alhamdulillah, majlis berakhir dengan jayanya. Seronok sebenarnya berborak dengan teman-teman, nak-nak lagi tika hari istimewa kita. Dan tradisi masih berjalan, dari tahun ke tahun.


Kecil-kecilan - Dari minuman panas, dessert, plater,
nasi ayam,
pulut, sambal ayam dan kari daging


Ini bukan kek, ini pulut kuning ;)

Ironi bukan? Untuk hari lahir orang lain, aku sering buatkan kek untuk mereka. Untuk hari lahir sendiri, aku tanakkan pulut kuning instead of kek. Kerana bila aku kecil-kecil dulu, Abah selalu suruh Mak masakkan pulut dan rendang jika ada apa-apa majlis istimewa. Tiba-tiba rindukan pula yang itu. Dan sebenarnya oleh kerana semalam sudah dihadiahkan kek oleh kawan, maka hari ini apa salahnya jika aku masakkan pulut, ye tak?

tetiba aku teringat shout out si Fendi, "Life is full of wonderful surprises"

Ye, terima kasih kerana ingatan yang itu.

Selamat Hari Lahir buat diri sendiri. Itu yang paling penting :)

*Terima kasih Kak M di atas doa akak tu. Saya tengah aminkan 44 kali nih. Terima kasih sekali lagi ;)