rasa seperti tidak sedap badan, adoiyai...Selamat Hari Raya Aidil-Adha.
Sepatutnya mengikut yang lain bertakbir tapi rasa mcm tak sedap badan.
Alhamdulillah.
Untuk esok aku mampu untuk berkorban sedikit dari harta pencarian aku.
Tahun ini aku rasa dewasa.
Bukan sahaja dari segi umur, tapi dari segi pemikiran dan hidup.
Alhamdulillah.
Walaupun tidak boleh berpuasa pada hari Arafah, tapi tenang sahaja jiwa aku hari ini.
Walaupun tidak nampak bahagian lembu yang dikorbankan, tapi terasa sejuk sahaja hati ini.
Semoga hari esok membawa 1001 bahagia kepada yang tidak berkemampuan.
Semoga esok membawa kepada ganjaran yang berlipat ganda pada sesiapa sahaja yang beramal.
Insha'Allah.
Bagi aku, esok mungkin seperti hari-hari biasa aku. Mundane.
*Tahun 2008 bukan tahun aku. Mungkin tiga tahun lagi? 5? Mungkin tahun depan? Insha'Allah Kaabah itu akan aku jejak juga.