rasa sangap yang amattengah hari tadi ada tamu datang.
"Lapa" kata dia.
Takpela. datanglah rumah, habiskan makanan2 kat umah aku.
Kebetulan ada rezeki dia.
"Roti Jala takde ke?" dia cuba-cuba nasib, mana tahu dapat.
"Belom, kilang belum bukak lagi."
Aku tak pernah buat roti jala.
Betul. Tapi tak salah mencuba kan?
Aku pernah tengok kat youtube macam mana nak buat.
Dah double check kat myresipi.com juga.
Dah pow orang punya acuan roti jala.
Aku pun start buat.
First attempt - macam hampeh.
Masuk perut aku.
Kali kedua. Hampeh juga.
Aku stop kejap.
Lagak budak PhD, aku pk-pk apa yang silap kat eksperimen aku kali ni.
Oh! Aku rasa kurang susu ataupun air.
Aku pun cuba lagi sekali.
Jadi, tapi aku tak reti nak gulung roti jala tersebut.
Ok, saya seorang saintis, saya bukan seorang artis! ok?
Cuba-cuba, jadilah juga.
Tapi oleh kerana aku bukanlah seorang yang penyabar dan oleh kerana dapur aku kecah sangat sebab ada banyak sangat makanan, aku pun surrender tengah jalan.
Ada baki setengah mangkuk besar lagi.
Serius, aku malas.
Aku biarkan semuanya kat dapur tu.
Ah! Makanlah korang pulut malam karang.
No roti jala, semua dah masuk perut aku.
Kemudian tengok dapur aku kotor, aku carilah vacuum.
Punyalah hoover, tengok2 kotoran tak disedut.
Aku pun benganglah.
Sib baik aku tak campak hoover tu keluar tingkap.
Aku bukak beg dia, rupa2nya dah penuh.
Ok, aku kena pergi kedai beli beg vacuum la plak.
Benci!
Hari dah malam, mandom betullah!
Malam karang ada gathering budak-budak single/buat-buat single.
Terus aku rasa macam tak ada mood untuk hari ini.
Ha, ye! Aku mahu countdown, 4 hari lagi.
Yeay! Itu je yang up sket mood aku hari ini. :D

