Tuesday, 16 December 2008

cik.bridget.jones.

Photobucket kini sedang nonton sekuel Bridget Jones.

Aku tak pernah suka tengok cerita rom-com (hachooom! - buat-buat bersin)
Aku lebih suka nonton cerita thriller lagi sebenarnya.

Pagi tadi aku terbaca kat surat khabar di sini.
Ada satu artikel menyatakan cerita Bridget Jones adalah suatu penipuan romantis yang memberikan harapan palsu kepada semua species perempuan di atas muka bumi ini.
... yang mana perkara-perkara itu tidaklah berlaku seperti apa yang berlaku di dalam filem tersebut.
Ala, semacam korang tgk cerita tamil padayapppa ataupun cerita hindustan orang menari pusing2, golek2 atas bukit, realistik ke tu?

Lepas tu, aku buat tak endah ajelah.
Tengok-tengok malam ni diorang tayangkan balik cerita tu.
Mungkin nak respons pada artikel tersebut, tak tahulah.

Tapi bila tengokkan balik,
Bila 'Si Bridget' ni naikkan berat badan dia, dan orang kaya jatuh cinta pada dia, korang rasa logik ke?
Yang mana, perempuan sekarang semua mahu menjaga badan (seboleh2nya tak mahu makan karbohidrat - nak makan lean protein aje)
Yang mana, lelaki-lelaki (kaya atau tidak kaya) hanya melihat pada perempuan-perempuan yang seksi yang kurus aje ke? (oh ye, kawan lelaki aku kata, tak - lelaki tidak memandang rupa. eheck)

Kalau korang kata perempuan Scottish, oklah - badan mereka berisi sikit kalau nak bandingkan dengan perempuan dari England. (Rate Hypertension di Scotland adalah yang paling tinggi di dunia, tahu?)
Kalau korang kata perempuan Greece, aku fahamlah - perempuan berisi dikatakan seksi di sana.

Itulah, aku tidak pernah percaya kepada percintaan, perkahwinan dan manisnya madu dalam berkasih sayang.

Yang aku selalu jumpakan, satu minit bercinta - 10 tahun merana.
Yang aku jangkakan, satu pihak pasti akan tidak jujur, tak kiralah mana-mana laki ke perempuan.

(Bullshite) Tipulah kalau korang kata bercinta tu best-best sahaja.
(Bullshite) Tipulah kalau korang kata pakwe korang caring gila, sanggup berkorban apa sahaja.

Aku takkan percaya. Paling tidak, mesti ada silap faham atau saat-saat tidak jujur.
Aku bukan datang dari planet Marikh ataupun Bintang Kejora (Venus).

... dan sejujurnya aku sedang berputus harap dengan species lelaki yang tipikalnya begitu.

Aku sebenarnya tak berapa nak faham kenapa aku menaip benda ini. Selalunya kalau aku nonton cerita begini dengan kawan-kawan, soalan yang aku akan tanyakan adalah:

Kenapa lelaki suka sangat berlaku tidak adil dan tidak jujur?
Kenapa perempuan kuat cemburu?
Kenapa lelaki dan perempuan tidak boleh duduk berbincang?
Kenapa lelaki suka mengelakkan konfrotasi?
Kenapa perempuan kerap beremosi bila berkonfrotasi?

Hahaha! Walaupun aku sudah tahu satu-satu jawapannya, aku masih ingin bertanyakan seorang seorang. Dan aku masih menantikan suatu jawapan yang buatkan aku terdiam.

Oh ye, walaupun aku sangat sarkastik di dalam cerita perhubungan lelaki perempuan ini, aku rasakan pasti ada seseorang yang sanggup membangkang kata-kata aku dan membuatkan aku jatuh sayang kembali. ;)

Ah! Cerita Cik Bridget sudah tamat. Ada pula cerita Pretty Woman. Errr, apa yang sudah (atau akan) berlaku pada malam ini?