Saturday, 6 December 2008

dialog.pelik.

Photobucket kini sedang mendengar lagu pelik.

aku ke bandar tadi.
mahu membeli set platter kat Iceland.
Masa tengah beratur tu, aku pandang aje muka cashier tu.
Serius aje muka dia.
Sorang-sorang pelanggan dia tak berborak.
Tiba kat aku, tiba-tiba dia kata "Awak suka meringue?"
Aku senyum. Killer Smile.
"Suka, tu sebab saya beli." aku sambung senyum lebar sampai ke telinga.
"Saya pun suka meringue" Tiba-tiba dia senyum.
Mak aiii, comelnya dia!

Pesan kat diri sendiri, KIKC - Ko Ingat Ko Cantik?

----

GMTA - kata seorang member.
Apa tu? aku buat-buat bodoh.
(Memang aku tatau pun.)
Great Minds Think Alike. Ringkas jawab dia.
Ok, apa yang ko cuba buktikan?
Tak, tak. Kau sefikiran dengan dia.
Ironi kan?

----

Ko ingat ko kacak, pakai suit, ko boleh mengurat aku?
Ko ingat ko kacak, ko leh seduce aku masuk Christian?
Ko ingat aku pakai tudung, aku perempuan aku tertarik dengan kekacakan ko?
Tapi mmg ko kacak pun.

----

Bangun pagi, berbaju kemeja dari makmal semalam.
Tak sempat tukar.
Baju itu aku pakai masa aku betul-betul mahu berpisah dengan kesayangan aku.
Terlampau sedih.
Tiba-tiba di TV ada satu adegan yang sama.
Kebetulan?
Atau ada hint yang perlu dipanjangkan?

----

"Kau ingat kau menulis bahasa Melayu, kau pejuang Melayu yang sejati?"
"Siap berayatkan bahasa Melayu Moden (bila bahasa Inggeris diMelayukan) supaya nampak sedap?"
"Yang bodohnya, orang membaca blog engkau dan terlalu kagum dengan yang itu hinggakan mereka pun ingin menulis seperti itu"
"Aku rasa mahu lempang aja penulis-penulis begitu"

Aku.mahu.gelak.
Betul.
Aku pening membaca blog sebegitu.
Consumption = Konsumsi (wtf? tu bahasa Indonesia tahu?)
assimiliation - asimilasi (eyh?)
tu tak masuk lagi ayat-ayat konon puitis.
hakk tuiih.
aku sebenarnya tatau apa blogger-blogger tersebut cuba buktikan.
Mungkin mereka cuba buktikan yang bila masa Menengah Atasan dahulu mereka tak sempat amik sastera, ataupun masa pertandingan puisi dulu, diorang asik fly keluar sekolah gi pekena mamak aje.
Dah lama gak aku meluat tengok orang menulis macam tu.
Cuma tak terkata.

----
Fin.
----