sedang menjengah ke memory lane beliau. mahu ikut?aku kenal dia sudah lama.
pertama: kerana dia budak nakal.
kedua: kawannya pernah cuba untuk duduk berdua denganku di hadapan padang sekolah semasa waktu rehat.
ketiga: dia berkawan dengan kawan baikku.
tapi aku buat tidak endah.
bukan kerana aku kelas atasan, dia kelas bawahan.
kerana aku pemalu orangnya.
bila berjalan ternampak lelaki pandangan mesti tunduk ke bawah.
mungkin jalan tar itu lebih kacak dari lelaki-lelaki tersebut.
aku tidak tahu dia sudah lama menyimpan perasaan itu.
lama, sangat lama.
aku tidak tahu.
mungkin kerana aku tidak perasan ataupun tidak berperasaan.
setahun berlalu.
dua tahun. tiga tahun.
tahun keempat.
orang selalu kata jika ada jodoh tidak ke mana.
orang juga berkata jika kita sukakan seseorang tanpa orang itu mengetahui, pahalanya sangat besar.
tuah dia.
rezeki aku.
kami berhubung.
aku sukakan dia kerana dia suka melawan kata-kata aku, in a decent way.
he's a wise guy.
manakan tidak, pelajar guaman - modal kata-kata bukannya suatu masalah.
aku sukakan dia kerana, dengan dia aku menjadi seorang yang suka bercakap.
tidakkah aku selalu katakan bahawasanya aku pemalu dan kurang gemar bercakap.
dalam perdebatan kami, terselit rasa rindu jika tidak 'bergaduh' walaupun sehari.
dari situ dia katakan "i saw u couple years back, tak mampu menegur takut-takut awak tak kenal saya"
aku katakan kenapa tidak menegur? kenapa tidak luahkan perasaan di hati sejak dulu.
'awak enggang, saya pipit' balas dia.
'lagipun bapak awak sangatlah garang, menjadi igauan semua lelaki yang nak dekat dengan awak'.
heh. ada kebenaran di situ.
dari suatu perbincangan ke perdebatan yang lain. aku gembira dia berada di situ. hanya bercinta di telefon. takut berjumpa, sebab takut terserempak dengan si bapak garang.
bil telefon melambung tinggi. beribu-ribu. mahu pihak dia dan pihak aku.
aku sudah mula cuak. takut kena marah. dia pun sama.
tapi, apakan daya - masing-masing mahu mencuba untuk berkasih. kami bertemu. dan keluarga menentang: kedua-duanya.
haih. baru mahu belajar bercinta ada-ada sahaja halangannya.
dia dikatakan masih budak nakal, dan aku tidak boleh menjadi calon isterinya kerana semuanya sudah menetapi calon untuk dia.
gila! keluarga makcik dia sudah sukakan aku, nenek dia lagilah! (dia cucu kesayangan nenek).
atas sebab itu, aku putus dengannya. dia enggan. sanggup menunggu, menangis pilu.
kejadian di atas berlaku banyak kali, hinggakan tidak terbilang banyaknya.
bila sudah jadi begini, sungguh sukar untuk meninggalkannya. aku biarkan sahaja. telefon aku sorokkan, aku sekat segala segi komunikasi. masa itu aku cuba untuk kuat.
suatu hari, aku dapat sebuah panggilan, daripada si dia - menerusi telefon kawanku.
dia sakit, barah otak. tenat.
aku menangis tanpa henti. hinggakan bengkak mata malu ke sekolah.
kawan baikku, Ammar menghadiahkan sebuah patung cookie monster untuk menceriakan aku. Masih kusimpan hingga kini.
Kemudian, aku diberikan berita buruk. Dia sudah pergi. Aku kesal tidak dapat bersama-samanya pada hari terakhir beliau. Kesal hingga kini.
Seorang kawan lain datang dari jauh untuk memujuk. Beberapa tahun selepas itu baru ku tahu dia pun menyimpan perasaan padaku. Ah! lelaki jika mahu, beratus batu sanggup ditempuh!
Selepas itu, aku selalu menghukum diri. Pada aku. tiada lelaki sebaik dia. Tiada lelaki sedecent dia. Tiada lelaki sekacak dia (dia persis Won Bin for god sake!). Sampaikan aku menangis tiap kali menonton cerita Autumn in My Heart tika itu.
Sehinggalah aku jumpakan seseorang. Yang sangat aku benci saat pertama jumpa. Walaupun benci tapi hatiku bergetar memandang matanya. Tidak tahu mengapa.
Sampaikan suatu hari bila aku duduk di sebelahnya di dalam kelas, aku lihat dia memakai cermin mata, ada iras-iras si arwah. Mungkin Allah mahu tunjukkan sesuatu. Senyumnya, lebih kurang sama. Lawaknya, sama. Perangainya sama. Miangnya juga sama.
Cuma bila di hadapan aku, dia jadi decent, at least cuba untuk decent. Bila dia berbicara sesuatu, ada isi pintar di dalam perbualannya. Aku sangat suka lelaki pintar, ya? Dari situ aku mula tertarik. Aku bandingkan dengan arwah. Tak sama, tak serupa. Masing-masing mempunyai personaliti masing-masing tapi perbezaan itu tidaklah begitu ketara.
Aku jatuh cinta sekali lagi. Kuasa Tuhan.
----
Memory lane berhenti setakat ini. Ada perasaan yang perlu dijaga.
Mungkin perasaan yang lebih itu untuk aku simpan.
May him rest in peace. Sayang dia selalu.
Memory lane berhenti setakat ini. Ada perasaan yang perlu dijaga.
Mungkin perasaan yang lebih itu untuk aku simpan.
May him rest in peace. Sayang dia selalu.
*apa yang aku buat sekarang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh arwah. dia mahukan aku belajar setinggi boleh. Insha'Allah akan aku tunaikan yang itu. =)