Sunday, 5 October 2008

3,2,1 - sudah bersedia?

Sudah habis keraian Aidilfitri.

Terus terang aku katakan, aku sungguh enjoy. Walaupun kelihatan seorang-seorang seperti mak datin.

Apa-apa je la.

Balik sahaja dumah, (oi! rumah la, maaflah tadi makan nasi dagang tetiba boleh cakap loghat Pantai Timur)

Balik sahaja rumah, telinga aku kepingin mendengar lagu-lagu kegemaran ketika aku muda remaja dulu.

nak tahu? aku sejak umur 4 tahun, sudah tahu menangis sambil mendengar lagu cinta.

"Kau kunci cintaku dalam hatimu" sudahku hafal sedari umur 4 tahun.

Umurku 6 tahun , aku sudah pandai berkaraoke. Masuk pertandingan. Kalah pada yang berumur 16 tahun (mana aci!)

Ye aku sudah pandai menghayati lagu walaupun aku tidak tahu bagaimanakah perasaan dikecewakan. Perasaan untuk jatuh cinta jauhlah lagi.

Kini aku cari balik lagu-lagu itu. Dapat. Aku muat turun. Wahhh! Aku suka!

Kini sudah 4 jam mendengar lagu tersebut. Masih tidak jemu, walaupun kepala sedikit sakit. Sikit lagi, mungkin.

----

Kau nak tahu? Aku tiba-tiba rindukan Aberdeen, kampung halamanku itu. Sehingga kini, aku sering menjengah tempat aku berasmara dahulu. Dengan teman-teman, dengan si dia. Hmmm.. kenangan betul.

Hari ini, seorang teman rapatku yang sudah pulang memberiku satu mesej. Dia kata dia rindu semua itu. Dia kata saat itu teristimewa. Aku tahu, aku mahukan yang itu juga. Tapi hidup harus terus bukan?

Untuk mesejnya aku menjawab yang begini:

Mari kita pusingkan kembali masa?
Berdiri di lapangan terbang, saling bersapaan.
Tapi boleh rapat dalam sekelip mata.
Kita bersama. Kita senantiasa bersama.
Penuh harapan.
Tinggi cita-cita.
Ramainya kawan-kawan.
Gembira bukan?

Kemudian...

Angin sejuk itu menyapa hidup kita.
Kita tersentak.
Kita sedih.
Kita jatuh dan jatuh dan jatuh.
Tapi kita masih boleh tersenyum.
Kerana kita masih ada sesama kita.

Mari kita pusingkan kembali masa ke masa kini.

Apa? kau tidak mahu?
Kau mahu berdiri di situ?
Mari, aku sertai kamu.
Kerna aku tidak mahu tinggalkan yang itu juga.

air mata tiba-tiba menitis di pipi

----

Kenapa hidup ini begitu kejam ya?
Kau dan aku patut tahu yang itu.
Bukankah kita telah berjanji pada yang SATU?
Bukankah kita sudah sedia maklum yang itu?
Namun kita hanyalah manusia, bukan?

Aku pasrah.

Sebenarnya, aku masih belum bersedia. KAMU?

Photobucket