Wednesday, 1 October 2008

saya.suka.awak.

Ye, betul saya suka awak.
Tak percaya?
Saya sukakan senyuman awak.
Yang awak berikan pada sesiapa pun.
Awak manis.
Awak peramah.
Muka awak bersih.
Tiada duka.

Awak pernah kenal erti sedih?
Awak pernah kecewa?
Awak, awak dah berpunya?
Saya duduk di penjuru bilik ini memandang awak dari jauh.
Awak nampak tak saya?

Ye, sayalah yang berkurung biru berbunga merah jambu,
Bertudung labuh menutup dada.
yang berwajah tenang itu
yang suka tersenyum itu.

Saya sedar awak memandang saya ketika berbicara dengan si kawan.
Saya malu.
Janganlah pandang begitu.
Saya tak biasa.

Awak,
Lagu ini saya jumpakan di internet.
Tiba-tiba saya ingatkan awak.
Awak ingatkan saya tak?

Awak, tak sabar nak memandang wajah awak lagi.
Mahu tersipu malu-malu lagi.
Saya sukakan perasaan itu.
Jumpa nanti ya?

Yang suka senyum indah,
Photobucket