kini sedang sedikit jiwa kacauDia datang, spontan sahaja kata-kata seorang sahabat di sebuah majlis keramaian.
Aku buat-buat tidak dengar.
Malas mahu ambil tahu.
Tamu di hadapan harus dilayan sebaik mungkin.
Aku nampak matanya melilau juga cari aku.
Agaknya menuntut janjiku 3 hari yang lepas mungkin.
Maaf, aku lupa.
Dan yang pastinya aku tiada masa bertemu denganmu.
Aku buat-buat sibuk.
Baru kusedar pipiku jadi merah.
Darah tersirap ke muka.
Tanpa melihat aku tahu jiwanya kosong.
Mahu dibelai.
Mahu dilihat-lihat oleh orang ramai.
Dan dia masih berdiri di situ.
Buat tak tahu.
Tanpa melihat aku tahu dia sedang pandang aku bercerita.
Masih berdiri di situ.
Minta aku sapa.
Dalam hatiku berkata, Kau siapa untukku ke situ?
Kau mahu aku kembalikan senyum di hatimu lantas tinggalkan aku terkapai-kapai?
Kau mahu aku sulam kasihku padamu kembali supaya kau hidup dengan lebih sempurna?
Kau kini, siapa?
Aku tahu aku boleh kembalikan senyumnya.
Aku tahu akulah kunci hatinya untuk kembali gembira .
Aku pinta padanya jangan disebut sejarah itu di mana-mana, simpan buat diri sendiri.
Seperti budak kecil, dia mengangguk dan bermonolog sendiri.
Tapi jauh di sudut hati, hatiku rindu keadaan dulu.
Tatkala bila wajahnya muram, ku lakarkan senyum di bibirnya untuk tatapan sepanjang hari.
Jikalau boleh melompat dia tanpa henti.
Aku tahu, aku mahu.
Dan aku tahu, aku mampu.
Tapi secebis hati aku menjawab, aku tidak mampu untuk kembali kepada semua itu.
You have to be cruel to be kind
Walaupun pada diri sendiri
Walaupun pada hati sendiri
Kerna dia, yang aku tahu - hanya perlukan peneman.
Yang membuatkan elok hidupnya, elok kisah hatinya.
Aku sudah jalankan yang itu, biarlah daya aku menjadi imaginasinya.
Biar dia lebih menghargai hidupnya tanpa aku.
Bukankah dia sebenarnya sudah memilihkan yang itu, sedari dulu?
Bukan dia tidak gembira.
Aku tahu, sahabat-sahabatnya ada sahaja ke mana kakinya melangkah.
Selepas tidur, ketika makan, sebelum tidur - perempuan-perempuannya tetap di situ menemani.
Apa lagi yang dia minta?
Atau, apa lagi yang dia cuba buktikan?
Ah, lakonan dia ini tidak pernah menangkap hatiku untuk kembali padanya.
Aku bukan si bodoh yang dulu.
Aku bukan si orang-orang yang korup hatinya itu.
Dia masih berdiri di situ.
Yang dia tahu, aku akan melaluinya dan menyapanya.
Strategik betul tempat yang kau pilih itu.
Tapi hatiku lebih kenal dirimu, bukan?
Dan kau ternyata hampa atas rancanganmu itu.
Maaf ya? Bukan niat untuk berlaku tidak adil.
Kerna aku tahu kau telah gembira dengan jalan hidupmu, apapun yang telah kau pilihkan.