kini sedang merinduisering orang bertanyakan aku, di manakah hidup yang lebih selesa?
di sini atau di sana?*
sejujurnya aku lebih suka duduk seorang diri di sini.
di sana terlalu penuh untukku.
walaupun terkadang rasa kosong di sini, tapi aku yakin aku boleh hidup.
di sini kurang stress. kerja teratur.
di sana kerja lebih beban. stress pun menambah.
di sini udara lebih bersih. tak sesak sangat.
di sana semuanya buat sakit kepala.
di sini, insha'Allah aku boleh hidup.
di sana, boleh hidup juga, tapi hati rasa kosong.
di sini pun rasa kosong juga. tiada keluarga, tiada sahabat baik.
di sana, walaupun ramai yang itu, belum tentu boleh berjumpa selalu bukan?
====
aku sebenarnya tidak mahu pulang.
mahu kerja di sini, mahu membuat dan membesarkan keluarga di sini.
walaupun aku bermula dengan diri sendiri, tiada apa-apa, aku rasa aku lebih hargai apa yang ada di sini berbanding yang di sana.
aku faham, di sana aku ada segala-galanya.
aku faham, di sana aku boleh dapat apa saja.
tapi jiwa aku terarah ke sini.
aku dah merancang hidup aku seterusnya untuk 10 tahun yang akan datang.
terpulang pada si Dia untuk menentukan.
tidak sabar menanti 10 tahun aku.
yang akan menjadikan aku lebih dewasa, insha'Allah.
usah risau, jika aku rindu kalian semua, perjalanan 13 jam merentas benua akan aku tempuh juga. Tapi sebenarnya, aku lebih suka jika kalian datang kepadaku. Akan aku tunjukkan seronoknya hidup di sini berbanding yang di sana.
ini adalah ruang tamu kegemaran aku, jika aku dapat beli sebuah apartment untuk hidup sendiri. aduhaiii... di mana boifren Swedenku?
*di sini - luar negara, di sana - tanah airku.
mahu kerja di sini, mahu membuat dan membesarkan keluarga di sini.
walaupun aku bermula dengan diri sendiri, tiada apa-apa, aku rasa aku lebih hargai apa yang ada di sini berbanding yang di sana.
aku faham, di sana aku ada segala-galanya.
aku faham, di sana aku boleh dapat apa saja.
tapi jiwa aku terarah ke sini.
aku dah merancang hidup aku seterusnya untuk 10 tahun yang akan datang.
terpulang pada si Dia untuk menentukan.
tidak sabar menanti 10 tahun aku.
yang akan menjadikan aku lebih dewasa, insha'Allah.
usah risau, jika aku rindu kalian semua, perjalanan 13 jam merentas benua akan aku tempuh juga. Tapi sebenarnya, aku lebih suka jika kalian datang kepadaku. Akan aku tunjukkan seronoknya hidup di sini berbanding yang di sana.
ini adalah ruang tamu kegemaran aku, jika aku dapat beli sebuah apartment untuk hidup sendiri. aduhaiii... di mana boifren Swedenku?*di sini - luar negara, di sana - tanah airku.