Monday, 6 October 2008

pengajaran.

Orang tua-tua kata jangan bercinta.
kau degil, nak merasa juga.

Orang tua-tua kata belajar rajin-rajin.
kau degil, bermalasan pula.

Orang tua-tua kata jangan dijolok sarang tebuan.
kau degil, mahu madu agaknya.

Orang tua-tua kata sabar itu separuh daripada iman.
kau degil, kau gali kubur kau sendiri.

Orang tua-tua kata kahwin sebelum umur sudah lanjut.
kau degil, nak membujang sampai ke mati.

Orang tua-tua kata itu ini
kau degil, lihat apa dah jadi?

balik, pergi belajar dengan orang tua-tua.
apa kau ingat kau tu bijak laksana?

*kau = aku :)