Sama ada sedar atau tidak, kita akan dapat ilmu itu.
Tidak kisahlah, ilmu apa pun.
Tapi selalunya kita sering belajar tentang ilmu untuk hidup.
Orang kata, jika hari ini lebih baik dari semalam, anda beruntung.
Jika tidak, anda adalah seorang yang rugi.
Hari ini aku rasakan jiwaku tidak tenteram.
Tidak mahu lepaskan pada siapa.
Bukan persoalan tiada siapa untuk diluahkan.
Soalnya untuk apa ianya dipersoalkan.
Petanda distress?
Kau yakin itukah distress?
Yang sudah ditunjukkan berulang kali di belakang akalku?
Yang bermain baling batu-sembunyi tangan itu?
Sakit, hatiku sakit - buat hari ini.
Aku bukannya mahu ayat penyedap.
Mahupun ayat api-api.
Aku cuma mahu hidup bahagia.
Susah benarkah untuk yang itu?
Jika sahabatku datang kepadaku dengan emosi berbangkit.
Aku katakan sabar, jangan mengungkit.
Jika aku di tempatnya, bolehkah aku tidak membangkit dan mengungkit?
Aku mahu jadi gila.
Eh bukan, aku rasa aku menghampiri fasa menjadi gila.
Bukan sekali, bukan dua kali.
Distress itu sering menyelinap, senyap-senyap.
Ya Tuhan, akukah yang meminta yang ini?
Atau ini perlu aku jalani untuk ke jalan bahagia itu?
Bummer. Aku buntu. Dan aku sunyi.
Semoga esok adalah hari yang bahagia.
Dengan izin-Nya.