Saturday, 4 October 2008

hanya.kamu.

khas buat kamu

pabila aku mendengar cerita tentang ketidak-matangan sang suami terhadap si isteri, aku teringatkan kamu.
pabila aku mendengarkan rintihan hati yang sedih ditinggalkan demi nafsu yang lain, mindaku hanya terarah kepada kamu.
pabila orang memberikan nasihat tentang berhati-hati memilih lelaki yang lebihkan nafsu dari akal, automatisnya kau hadir di depan pandangan jiwaku.

kau tuduh aku seorang generalis.
tapi kau tak pernah berusaha untuk membuktikan yang aku salah.

----

aku melihat-lihat rancangan TV yang ada.
seorang lelaki tidak mahu berjumpa dengan gadis kesukaannya, kerana sayang, katanya.
tidak bertanya khabar kerana terlalu malu/sibuk/gembira/dayus?
aku serahkan kamu untuk memilih apa yang ada, supaya kau tidak katakan aku generalis lagi.

----

aku sebenarnya tidak sedih, jauh pula tersesal dengan apa yang telah berlaku.
tapi aku kecewa. kau seperti cerita-cerita lelaki yang aku dengar/jumpa/benci.
aku tidak generalis. kerana kau sudah membuktikan prinsip aku yang benar.

----

mungkin atas sebab ini, aku sakit.
seorang berkata mungkin makanan raya, mungkin kerana cuaca.
tapi aku tersentak bila seorang mengatakan yang ini, "penangan si jejaka berbaju melayu hijau?"
mungkin. mungkin. mungkin. semuanya mungkin.
akan tapi hatiku lebih ke arah sebab yang ketiga.

----

jangan muncul di depan mataku lagi ya?
kau sudah berjanji dengan aku bukan?
walaupun kau katakan terpaksa, kau lenyapkanlah dirimu.
kau punya kawan-kawanmu sendiri, mengapa mengganggu hati aku lagi?
mahu jadi yang baik, setelah kau rakus meracik jiwa ini tanpa belas kasihan?

----

aku teringat! aku teringat satu dialog di TV yang berbunyi begini:
Lelaki: Si dia tidak mahu aku berkawan dengan kau.
Gadis: Ok, tapi aku mahu tanyakan yang ini, kau mahu lakukan apa yang disuruh?
Lelaki: Tidak mahu.
Gadis: Aku pun juga.

Aku pahamkan situasi ini. Terkadang kita perlu jadi kelibat di dimensi yang ke-4 untuk melihat ini semua.

"I'm getting there, thinking the rationale of all this"

Maaf, aku bukan pelajar yang bijak di dalam hidup. Aku tak pernah tahu mengenal jenis-jenis manusia di dalam dunia ini. Aku hanya tahu akal kepalaku yang lurus dan rasional untuk hidup dengan baik dan jujur. Yang lain, itu bukan dunia aku.

Yang itu mungkin kau punya.

Photobucket