kerana aku tahu aku sahaja yang tidak pernah bosan dgn diri.
aku selalu sahaja tanya pada diri.
andai aku boleh jadi kecil kembali apakah yang aku akan ubah untuk hidup aku dan keluarga aku.
apakah yang aku akan ubah untuk dunia ini jadi kembali aman ketika dahulu ianya dicipta.
masa kecil-kecil dulu aku selalu fikir mungkin dunia yang aman adalah syurga bagi kita sebenarnya.
kecil-kecil dah pandai fikir begitu. heh.
jawapan yang selalu aku beri pada soalan tadi.
macam mana yang telah aku lakukan sehingga hari ini, itulah yang bakal aku lakukan sekali lagi.
sebab? aku tidak boleh ubah siapa diri aku.
mungkin boleh membuat anjakan paradigma sedikit demi sedikit tapi tidak semuanya.
eh, tiba-tiba aku kepingin sesuatu. serunding kelapa nenek, daging lada hitam mama, dan prosperity burger kat McDonald tu. heh. aku laparlah.
andai kembali. andai aku diberi peluang untuk kembali ke umur yang lampau. aku minta untuk kembali ke umurku 14 tahun. kenapa? kerana pada waktu itu:
- aku sangat rajin dan pintar, dan suka membaca
- sangat aktif dalam sukan, and i weighed only half from i do now.
- aku belajar bercinta. dan masih boleh belajar dengan jayanya.
- kawan-kawan aku sangatlah baik, rapat, setia dan pandai-pandai belaka. alhamdulillah sampai sekarang masih berkawan baik dan rapat.
- aku kembali menyanyi.
- hampir-hampir berhijrah ke Australia tapi tiada rezeki oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
- melihat adik-putih-gebu-yang menjadi tumpuan ramai membesar.
- aku mula belajar untuk menjadi dewasa, dan berfikir matang sebagai seorang dewasa.
====
*habis dah, tadi aku baru aje tengok cerita Joe&Faridah di youtube. Walaupun cerita ni pendek aje (dan biasa-biasa saja), tapi ada dua konklusi yang hebat pasal hidup. Rasanya semua pun dah tahu kot:-
1) benda yang baik atau buruk dalam hidup bergantung kepada interperasi seseorang. Tak semestinya benda itu baik sebab kita nampak benda itu baik. Dan bukan semua benda kekal dalam dunia ni kan?
2) kebetulan yang terlalu kerap terkadang memberikan hint dalam mereka yang masih mencari arah. Then again, kena bergantung kepada interperasi individu itu sendiri, bukan?