kini sedang sibuk membaca, oh peningnya!I'm gorgeous, and he's stupid.
Aku ambil dari ayat-ayat novel karya saudara hariry.
Tak, ayat pertama itu aku ubah. heh.
Sakit kepala betul hari ini.
Berpuasa sudah lengkap hari kedua.
Tidak sabar mahu menghabiskan kesemuanya.
Selepas berbuka tadi aku melihat-lihat bagaimana caranya untuk berpilates.
tiba-tiba teringat pula senaman ringan yang kami buat sebelum bermain bola jaring.
Hmm... lama benar tidak bermain. Sampai semput dada berkarat dek kerana lemak menyelaputi arteri.
Walaupun aku rasakan aku mampu untuk membayar yuran untuk ke gimnasium, tapi aku tahu aku seorang yang hangat-hangat tahi ayam. Hari ini meninggi semangat ke sana, esok lusa?
Oleh kerana aku sudah punya beberapa peralatan kecil di rumah, tidak salah jika aku belajar pilates sahaja bukan?
Aku jengah ke sebuah site yang sungguh berinformasi. Di sinilah aku belajar bagaimana mahu membuat Apple Crumbles, Banoffee Pie dan Pavlova. Pernah juga di suatu masa yang bosan aku melihat-lihat bagaimana caranya untuk survive dalam perhubungan cinta. Lawak betul.
Di sini aku belajar lebih lanjut bagaimana untuk berpilates. Tegang juga rasa otot-otot peha dan perutku. Dan habis sahaja sejam, aku rasa sungguh penat dan sakit-sakit. Mungkin esok pagi lagi sakit agaknya. Seronoknya pilates ini adalah ianya pergerakan berstruktur. Mesti selari dengan pernafasan dan postur badan. Dan tidak perlu bersusah payah. Jika tiada tikar getah untuk bersenam, gunakan sahaja sejadah yang ada :)
Berbalik kepada novel tadi. Aku rasakan novel ini bagus. Aku boleh agak si penulis adalah seorang yang jiwa-jiwa, dan nerdy. Dan bijak. Dan mahu menjadi seorang doktor. Ataupun seseorang dalam keluarganya adalah seorang doktor. Karyanya membuatkan aku teringatkan seseorang.
*senyum sendiri*
Aku mahu sambung membaca. Kepala aku sedikit pening. Sikit lagi mahu tidur. Esok berpuasa lagi insha'Allah.
Esok adalah hari yang sungguh sibuk. Moga-moga semuanya lancar.
*saya tidak kenal siapa si hariry nih, siapa dia eh?entah. Tapi wajahnya seperti seorang kawan lama. Saudara dia kot?