kini sedang tenang-tenangaku baru sahaja menerima sebuah walimatul urus dari seorang sahabat baik.
yang bila masa aku tinggalkan dulu untuk ke sini, dia masih tiada siapa-siapa.
kini sebuah cerita baru mahu dimulakan.
untuk dia, aku gembira.
sebelum itu, aku mendengar cerita yang lain.
sahabat (pernah menjadi baik) sewaktu di universiti dahulu sudah berkahwin.
aih, budak lelaki yang kukenal dahulu yang berkereta iswara berwarna perak.
yang sentiasa menjadi igauan para remaja (tapi sangat blur) itu telah menjadi suami orang.
yang menariknya aku mendapat tahu cerita dari surat khabar.
yang dikirimkan oleh sahabat perjuangan dulu.
kelakar ya?
tapi untuk dia, aku gembira.
lawak saja. bukan aku tidak pernah mengajak orang berkahwin.
kononnya sudah bersedia.
tapi rupanya hati ini tidak pernah rasa terisi.
hatta dengan siapa-siapa pun.
atau mungkin jiwa ini kalut.
takut apa yang bakal menanti di seberang sungai yang panjang dan bergelora itu.
mungkin nanti bila aku sudah kuat, akan aku katakan ayat ini (lagi?!):
Jom Kahwin? :)