Kerna bertemankan lagu suka-suki.
Kau datang. Kau pergi.
Dan aku tahu kau akan datang lagi.
Hari terlalu indah untuk dicemari.
Kuberikan senyuman dari sudut hati.
Kau mungkin puas hati untuk hari ini.
Kerna aku tidak memungkiri janji.
Yang lepas biarkan lepas, sekali.
Yang datang, harus diambil elok untuk ditatapi.
Kau datang kau pergi sesuka hati.
Aku tahu, dan yang pasti aku mengerti.
Jangan buat lagi yang ini.
Pergi jauh-jauh jika tidak mahu aku lagi.
Oh, indah sungguh hari ini.
Berlagu riang sesuka hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Selamat Tinggal Ramadhan yang paling kusayangi.