Semalaman saya kurang lena.
Macam-macam yang saya mimpi.
Termasuklah berjumpa dengan awak.
Awak peluk saya, lama - kejap.
Sukanya berada di dalam pelukan awak, walaupun dalam mimpi.
Hangat, membuai-buai tidur saya.
Oh! bila saya terbuka mata, heater di sebelah saya panas sangat, padanlah.
Tapi saya masih ingatkan senyum awak dalam mimpi tadi.
Membuatkan saya terus lena kembali.
Awak, bila mahu jumpa lagi ni?
Petang esok ye? Di keramaian nanti.
Saya pakai baju kurung biru, coraknya hitam.
Awak pakai baju biru atau hitam ya?
Janji ya?
Awak, terima kasih kerana memberikan senyum di hati saya.
Saya fikirkan cinta itu tidak akan hadir lagi.
Mana tahu kalau-kalau cinta berputik di hati...?